Kanak-kanak ditemui bersendirian diserah kepada ibu bapa

Kanak-kanak ditemui bersendirian diserah kepada ibu bapa

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang ditemui bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, diserahkan kepada ibu bapanya.

Kanak-kanak ditemui bersendirian diserah kepada ibu bapa
Kanak-kanak ditemui bersendirian diserah kepada ibu bapa

Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ibu kepada kanak-kanak itu berusia 35 tahun menghubungi polis kira-kira 2 petang semalam selepas mengetahui mengenai penemuan anaknya oleh orang awam yang tular di media sosial.

ARTIKEL MENARIK: Hati-hati… Kes influenza sedang meningkat naik

Loading...

Kanak-kanak itu hilang tidak sampai 24 jam sebelum ditemui orang ramai.

Beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang tinggal di kawasan taman perumahan itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9 malam tadi untuk mengambil anak mereka dengan membawa dokumen rasmi sebagai bahan bukti sokongan.

Loading...
loading...

“Kanak-kanak itu dikatakan keluar bersendirian untuk bermain di luar rumah melalui pintu depan yang bertutup tetapi tidak berkunci,” katanya.

Free Malaysia Today 
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post