2,312 notis kesalahan merokok dikeluarkan dalam 5 hari

2,312 notis kesalahan merokok dikeluarkan dalam 5 hari

Sebanyak 2,312 notis kesalahan merokok dengan nilai kompaun sebanyak RM554,400 di tempat makan telah dikeluarkan sepanjang lima hari aktiviti penguatkuasaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2,312 notis kesalahan merokok dikeluarkan dalam 5 hari
2,312 notis kesalahan merokok dikeluarkan dalam 5 hari

Notis itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dijalankan di 29,903 buah premis tempat makan bermula 1 hingga 5 Januari 2020.

ARTIKEL MENARIK: Laporan analisis video seks menteri diterima: Bukit Aman

Loading...

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 2,312 notis kesalahan tersebut, 1,702 notis telah dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 iaitu kesalahan merokok di tempat makan.

Sementara 400 notis kesalahan lagi di bawah Peraturan 12 (1)(a) iaitu Tuan Punya Premis gagal mempamerkan tanda larangan merokok.

Manakala, 92 notis kesalahan lagi di bawah Peraturan 12(1)(b) iaitu Tuan Punya Premis menyediakan kemudahan merokok.

“Pihak KKM juga telah mengeluarkan sejumlah 118 notis kesalahan di bawah Peraturan 13(1) iaitu larangan mengenai merokok dan sebagainya kepada golongan Orang Belum Dewasa (di bawah umur 18 tahun).

“Sepanjang penguatkuasaan dalam tempoh tersebut, jumlah notis kesalahan yang telah dikeluarkan oleh Pegawai Penguatkuasa telah berkurang daripada 708 notis kesalahan pada hari pertama kepada 393 notis kesalahan pada hari kedua dan seterusnya kepada 366 notis kesalahan pada hari ketiga.

Loading...
loading...

“Bagaimanapun, jumlah tersebut telah meningkat pada hujung minggu Sabtu (4 Januari 2020) dan Ahad ( 5 Januari 2020) iaitu masing-masing sebanyak 404 dan 441 notis kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, penguatkuasaan yang telah dijalankan selama lima hari itu telah menunjukkan penurunan kepada keseluruhan notis kesalahan yang dikeluarkan.

Namun, katanya, pihak KKM masih menerima aduan kesalahan merokok yang melibatkan 1,039 tempat makan melalui talian hotline 010-860 8949 semenjak penguatkuasaan penuh dijalankan.

“Kesemua aduan yang telah diterima sedang dalam tindakan pegawai penguatkuasa dan pihak KKM mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan dan kerjasama masyarakat dalam memastikan larangan merokok ini dipatuhi.

“Kerjasama yang telah diberikan oleh semua Tuan Punya Premis juga sangat memberangsangkan dan diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok, tetapi bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat merokok kepada golongan perokok serta golongan perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling.

“Pihak KKM akan sentiasa membantu golongan perokok untuk berhenti merokok.

“Pendaftaran ke perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400,” katanya.

 Portal Islam dan Melayu 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post