Kami beri percuma tetapi KPM tak mahu, kata YTL

Kami beri percuma tetapi KPM tak mahu, kata YTL

KUALA LUMPUR- YTL Communications Sdn. Bhd. mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik tiga penyedia perkhidmatan internet untuk sekolah sedangkan syarikat itu menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Kami beri percuma tetapi KPM tak mahu, kata YTL
Kami beri percuma tetapi KPM tak mahu, kata YTL

Dalam satu kenyataannya, YTL Comunications berkata, KPM pernah meminta perkhidmatan internet percuma untuk 10,000 sekolah bagi operasi Pelantar Persekitaran Maya (VLE) susulan tender yang masih belum dimuktamadkan pada 1 Januari 2020.

ARTIKEL MENARIK: Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee – KJ

Loading...

“KPM meminta kami menyediakan perkhidmatan internet percuma bagi tempoh interim bermula 1 Julai sehingga hujung tahun kerana kerajaan ‘tidak mempunyai peruntukan’ untuk membayar perkhidmatan tersebut,” katanya.

Tambah YTL Communications, perkara tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat mengenai fasa 3 projek 1BestariNet di antara KPM, Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa penyedia perkhidmatan lain pada 23 April 2019.

Tambahnya, syarikat tersebut juga telah menulis sepucuk surat susulan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada 31 Mei 2019 bagi menyatakan komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan internet percuma bagi tempoh enam bulan.

Loading...
loading...

Disebabkan itu jelasnya, mereka sangat terkejut apabila mendengar pengumuman KPM pada 27 Jun yang menganugerahkan perkhidmatan interim tersebut kepada Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis.

“Kementerian tidak memasukkan sekali YTL Communications dan mengkhianati kenyataannya sendiri mengenai tender terbuka dan bersetuju untuk membayar perkhidmatan internet kepada tiga syarikat tersebut sedangkan kami menawarkannya secara percuma,” katanya lagi.

Dalam kenyataan bertarikh 27 Jun, KPM tidak menyatakan sebarang alasan mengapa tawaran YTL Communications ditolak.

Menurut syarikat berkenaan, mereka telah melabur lebih RM4 bilion bagi projek berkenaan dan tidak salah untuk mereka mengharapkan diberi pelanjutan kontrak.

“Kami melihat tindakan KPM sebagai melanggar kontrak.

“Tindakan mereka sangat mengecewakan terutama jika dilihat dari apa yang telah dimaklumkan kepada kami dan apa yang sebenarnya dilakukan mereka,” katanya lagi.

YTL Communications turut dianugerahkan projek membangunan sistem Frog VLE yang mana dakwa syarikat berkenaan telah berjaya menyepadukan sistem pengajaran di sekolah-sekolah terlibat secara meluas.

Sekarang, KPM telah menukar Frog VLE dengan Google Classrooms dan ini boleh menyebabkan gangguan kerana kandungan pengajaran selama bertahun-tahun telah dibina menggunakan sistem tersebut, kata syarikat berkenaan.

Tambahnya, selepas Fasa 1, 2 dan 3 selesai, penggunaan sepenuhnya alat pengajaran dan pembelajaran digital dalam kelas boleh dilaksanakan menjelang Januari 2020.

“Menukar platform menyebabkan ia perlu dimulakan sekali lagi dan menyebabkan sistem pendidikan tertinggal jauh ke belakang,” tegasnya.

Namun begitu menurut YTL Communications, sistem Frog VLE masih tersedia kepada guru-guru bagi mengelakkan gangguan.

Pada 2016, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengusulkan supaya kontrak YTL Communications ditamatkan dengan alasan pelaksanaan fasa pertama projek tersebut sangat teruk. – MalaysiaGazette

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post