Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee – KJ

Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee – KJ

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap lebih ramai lagi menteri layak berundur selain Dr. Maszlee Malik.

Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee – KJ
Ramai lagi menteri lain layak berundur berbanding Maszlee – KJ


Ahli Parlimen Rembau itu merasakan keputusan Maszlee meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dilakukan secara tergesa-gesa.

ARTIKEL MENARIK: Kenangan Terakhir Maszlee Malik Sebelum Lepaskan Jawatan Menteri KPM

Loading...

Baginya, bukan mudah bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mahu melakukan perubahan drastik dalam masa tidak sampai dua tahun.

“Saya menganggap ia keputusan yang tergesa-gesa kerana Maszlee memegang portfolio yang paling mencabar dalam kerajaan dan mustahil untuk melihat perubahan drastik dalam masa kurang dua tahun.

“Saya rasa ramai lagi menteri yang layak untuk berundur,” katanya dalam ciapan di Twitter Maszlee hari ini.

Loading...
loading...

Reaksi bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berhubung dengan pengumuman Maszlee meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

Khairy difahamkan, Maszlee disukai oleh guru kerana memperkenalkan banyak perubahan.

“Saya ucapkan selamat maju jaya dan roda kehidupan selalu berputar. Chin up,” katanya.- MalaysiaGazette

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post