Polis digesa membuka kertas siasatan dan memanggil pertubuhan radikal, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang didakwa membantah pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular.
Isu jawi: Mohon polis, ROS siasat Dong Zong |
Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Mohd Zai Mustafa mendakwa, tuntutan berkenaan berikutan tindakan Dong Zong yang disifatkan sebagai menggugat perpaduan kaum dan menimbulkan suasana antinasional.
ARTIKEL MENARIK: Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara
Loading...
Selain itu, beliau menuntut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berjumpa pemimpin Dong Zong untuk memberi keterangan, kerana mereka didakwa telah melakukan aktiviti yang menyanggah perlembagaan pertubuhan di bawah seksyen 2.
“Bahkan, tindakan Dong Zong juga melanggar Akta Hasutan 1948 serta Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, Dong Zong menggesa, pertubuhan Cina lain di negara ini mendaftar untuk menghadiri kongres yang kononnya untuk membantah garis panduan pengajaran tulisan jawi terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kongres itu bertujuan menggesa kerajaan membatalkan pengajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah vernakular.
Loading...
loading...
Bagaimanapun, kongres berkenaan dibatalkan setelah polis mendapatkan perintah Mahkamah Kajang agar ia tidak diteruskan.
Mengulas lanjut, Mohd Zai berkata, sekiranya terbukti Dong Zong melanggar undang-undang, maka tindakan tegas dan segera mesti dilaksanakan seperti mengharamkan mereka kerana membawa agenda rasis, cauvinis dan komunis.
“Selain itu, Mappim juga menyokong penuh penegasan dan pendirian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakari yang menuntut penentang tulisan jawi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948,” katanya.
Portal Islam dan Melayu
Post a Comment