Budak perempuan maut ditikam penagih dadah

Budak perempuan maut ditikam penagih dadah

Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai ditikam bapa saudaranya di Felda Cerul 2 di Kemaman, tengah hari tadi.

Budak perempuan maut ditikam penagih dadah
Budak perempuan maut ditikam penagih dadah

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 2, ditikam di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 10 sentimeter ketika mangsa sedang bermain di dalam rumah kira-kira pada pukul 1 tengah hari.

ARTIKEL MENARIK: 'Denda sekarang terlalu rendah, RM300' - PDRM cadang pemandu mabuk didenda RM5,000

Loading...

"Mangsa kemudiannya telah dibawa ke Klinik Kesihatan Cheneh sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan dikatakan tinggal bersama datuk dan neneknya di rumah yang sama dengan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hanyan, suspek berusia 26 tahun itu kemudiannya berjaya ditangkap oleh jiran di kawasan berdekatan rumah mereka pada pukul 1.30 tengah hari dan diserahkan kepada polis.


Loading...
loading...

"Suspek sebelum ini pernah mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan pihak polis tidak menolak kemungkinan ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Bernama via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post