'Denda sekarang terlalu rendah, RM300' - PDRM cadang pemandu mabuk didenda RM5,000

'Denda sekarang terlalu rendah, RM300' - PDRM cadang pemandu mabuk didenda RM5,000

Susulan kenyataan Menteri Pengangkutan yang mahu undang-undang sedia ada berkaitan pemandu mabuk dikaji semula berikutan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk kebelakangan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mahu mencadangkan agar akta sedia ada dipinda bagi memberi hukuman lebih berat dan setimpal terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

'Denda sekarang terlalu rendah, RM300' - PDRM cadang pemandu mabuk didenda RM5,000
'Denda sekarang terlalu rendah, RM300' - PDRM cadang pemandu mabuk didenda RM5,000

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, denda yang sedia ada pada waktu ini terlalu rendah iaitu maksimum RM300.

ARTIKEL MENARIK: Gadis sorok mayat bayi baru lahir 3 hari dalam almari sebelum minta boyfriend buang ke Sungai Perak

Loading...

PDRM amat berharap akta itu dapat disemak semula agar hukuman lebih berat dapat dikenakan terhadap pesalah bagi kesalahan itu.

"Kita cadangkan mungkin dari RM1,000 hingga RM5,000 denda dikenakan kepada pemandu yang didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

"Di peringkat kita (PDRM) akan berbincang dari sudut perundangan dan cadangan itu akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan," katanya.

Dalam pada itu, polis masih menunggu keputusan ujian darah pemandu Ford Ranger terbabit.

Loading...
loading...

Hari ini, pemandu Ford Ranger itu direman selama empat hari untuk membantu siasatan selepas mendapat perintah reman yang dikeluarkan Majistret S. Nisha, Mahkamah Klang.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan JAlan (APJ) 1987, Seksyen 42 APJ 1987 serta Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kecederaan.

Sekiranya keputusan ujian darah pemandu Ford Ranger itu adalah positif, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 44 APJ 1987 kerana memandu semasa berada di bawah pengaruh alkohol dan boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 atau tidak lebih RM20,000.

Polis juga memberi peringatan kepada orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Sumber: Harian Metro via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post