Susulan viral video pemandu pacuan empat roda membelasah pemandu bas kerana kemalangan, dua suspek terbabit telah ditahan.
'Bas bergerak selepas lampu hijau, tiba-tiba kereta suspek melintas di hadapan & berlanggar' - Sumber |
Di media sosial, ramai yang tertanya-tanya bagaimana kemalangan itu boleh berlaku dan berdasarkan sumber, kereta pacuan empat roda itu melintas di hadapan bas.
ARTIKEL MENARIK: Budak perempuan maut ditikam penagih dadah
Loading...
"Susulan video tular kes yang berlaku di Gelang Patah, Johor pada 24 Januari 2020. Ketika mangsa tiba di persimpangan lampu isyarat di Gelang Patah, pemandu memberhentikan bas sementara menunggu lampu hijau.
"Setelah lampu bertukar hijau, pemandu bas mahu memulakan perjalanan dan tiba-tiba sebuah kereta (suspek) melintas di hadapan lalu melanggar bas itu.
"Pemandu bas mendesak agar kes kemalangan itu dilaporkan ke balai polis. Tetapi suspek marah lalu memukulnya," kata sumber.
Berdasarkan gambar, bahagian depan sebelah kiri bas rosak dan cermin depan juga pecah. Mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Loading...
loading...
Harian Metro melaporkan dua suspek itu juga bertindak agresif di balai sehingga memaksa anggota polis terpaksa bergelut untuk menahan mereka.
Sumber: Facebook
LAPORAN BERKAITAN
Post a Comment