“DIA tidak ada sebarang pnyakit dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda ada penyakit. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang awal pagi tadi untuk ke Singapura, dia baik-baik saja.
Walaupun kemtian Alif sama seperti Allahyrham suaminya Johan Nawawi dia tidak terfikir anaknya mengalami masalah ini – Nora. |
“Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan beritahu badannya sudah tidak bergerak selepas rebah,” kata penyanyi Nora Ariffin mengenai pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pagi tadi.
ARTIKEL MENARIK: Cerai isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran, rakan baik bekas isteri Farhan buat aduan kepada JAIS
Loading...
Nora berkata, walaupun kemtian Alif sama seperti Allahyrham suaminya Johan Nawawi, dia tidak terfikir anaknya mengalami masalah jantung.
“Saya masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai punca sebenar dan bedah siasat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tidak ada hari ini, bedah siasat akan dilakukan esok pagi.
“Selepas itu jenzah akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikbumikan di Tanah Perkburan Islam Bukit Kiara, tempat yang sama dengan kbur aruwah bapanya,” katanya.
Bercerita mengenai sikap Alif, Nora berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda atau perangai pelik sebelum ini. Malah semalam dia sempat menyanyi bersama adik-adiknya di dalam bilik.
Katanya, Alif ibarat pengganti aruwah bapanya apatah lagi sejak anak sulung, Muhammad Syakir Iman berkahwin dan pindah rumah, Alif banyak membantunya menguruskan rumah dan dua adiknya yang masih tinggal dengan Nora.
“Dia masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan tinggal di asrama tetapi sering pulang ke rumah membantu saya. Kadang-kadang dia masak untuk kami semua. Apabila dia tidak dapat pulang saya akan hubunginya bertanya khabar dan tidak sangka kali ini dia tidak pulang selamanya.
Loading...
loading...
“Dia sering beritahu habis belajar ingin cari kerja untuk bantu saya serta mahu menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan meneruskan minat aruwah bapnya dalam bidang muzik,” katanya.
Alif mennggal dunia pagi tadi di rumahnya di Petaling Jaya selepas rebah. Pembantu rumah kemudian meminta bantuan jiran dan menghubungi abang sulung Alif sebelum ambulans membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Alif yang begitu meminati bidang seni sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019 namun tidak berjaya ke peringkat akhir.
Terdahulu Penyanyi Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya iaitu Alif Johan menghmbuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu tadi. Nora menerusi akaun Instagramnya berkongsi berita sedih itu dan memohon agar semua pengikut serta peminat mendoakan urusan pengebumian Alif Johan dipermudahkan.
Buat kepada yang tidak tahu, Alif Johan merupakan salah seorang peserta yang tersenarai antara 20 bakal protege program realiti Mentor Milenia 2019. Anak kedua kepada penyanyi terkenal itu menggal dunia di usia 20 tahun.
Melihat semula ke ruangan IG milik arwh, minggu lalu beliau ada membuat persembahan di minggu Karyaone. Para peminat juga turut mengucapkan takziah sekaligus ramai yang tertanya-tanya tentang punca kem4tian arwh. Lagu terakhir yang arwh nyanyikan adalah Salam Terakhir nyanyian arwh Sudirman Haji Arshad.
Sebelum ini, Nora Ariffin telah kehilangan suaminya iaitu Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer terkenal pada 24 Mc 2017.
Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hmbuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikbumikan secepat mungkin.
Alif Johan menyertai program Mentor Milenia 2019 dan layak ke minggu ke-2. Persembahan dan teknik nyanyian lagu Kemarin dari anak kepada Nora Ariffin ini turut mendapat pujian ramai peminat. Ramai yang menyifatkan style dan nyanyian Alif Johan ini mempunyai iras ibunya.
Sumber: hmetro via http://keluargabahagia.fun
Post a Comment