'Saya takut nak beritahu suami' - Ibu keguguran culik bayi lain di hospital sebagai ganti

'Saya takut nak beritahu suami' - Ibu keguguran culik bayi lain di hospital sebagai ganti

Polis menahan seorang wanita yang menculik bayi berusia dua hari dari Hospital Takuapa, Thailand, kerana terdesak mahukan zuriat sendiri selepas mengalami keguguran.

'Saya takut nak beritahu suami' - Ibu keguguran culik bayi lain di hospital sebagai ganti
'Saya takut nak beritahu suami' - Ibu keguguran culik bayi lain di hospital sebagai ganti

Suspek menculik bayi itu dari bilik bersalin hospital berkenaan pada 10 Disember dan menghubungi Gojek untuk datang menjemputnya.

ARTIKEL MENARIK: Budak calar 10 buah kereta Audi baru di showroom, ibu bapanya terpaksa bayar ganti rugi RM118,331

Loading...

Polis kemudian memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan berjaya mengesan pemilik moosikal itu yang bernama Chartchai Thongchai, 50, yang memaklumkan dia menghantar suspek ke daerah Thai Mueang.

Menurut saudara kepada ibu bapa bayi itu berkata, suspek sebelum itu cuba berkawan dengan mereka dan meminta untuk mendukung bayi itu sebelum melarikannya tanpa disedari oleh sesiapa.

Suspek ditahan pada pagi Rabu 11 Disember 2019 dan mangsa telah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya.

Loading...
loading...

Suspek mengaku dia merancang untuk menculik bayi berkenaan dan mahu membesarkannya sendiri selepas dia mengalami keguguran. Suspek berkata, dia takut untuk memberitahu suami dan saudaranya yang dia mengalami keguguran.

Sumber: Asia One via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post