'Aku saksi laki ni guna agama untuk beristeri 3, 4 tapi isteri muallaf diperguna seperti hamba'

'Aku saksi laki ni guna agama untuk beristeri 3, 4 tapi isteri muallaf diperguna seperti hamba'

Lelaki ini pernah dihubungi secara peribadi, tetapi tiada jalan penyelesaian sebaliknya lelaki tersebut menyekat panggilan ke atasnya.

'Aku saksi laki ni guna agama untuk beristeri 3, 4 tapi isteri muallaf diperguna seperti hamba'
'Aku saksi laki ni guna agama untuk beristeri 3, 4 tapi isteri muallaf diperguna seperti hamba'

Bukan setakat itu sahaja, lelaki ini tidak memberikan kerjasama kepada pihak mahkamah syariah.

ARTIKEL MENARIK: Dah kahwin hampir 30 tahun, baru tahu rupanya adik-beradik


Loading...

Oleh yang demikian, Ustaz Firdaus Wong bertindak membuat hebahan umum menyeru lelaki tersebut yang dikatakan sebagai lelaki dayus supaya hadir ke mahkamah.

Seorang wanita juga turut memberikan komen melalui hebahan tersebut. Wanita itu mengatakan dia merupakan saksi kepada keperitan dan kepayahan yang ditanggung oleh Valerie. Dikatakan juga, suami kepada Valerie menggunakan agama untuk beristeri tiga dan empat dan Valerie dipergunakan seperti hamba.

2.jpg

Loading...
loading...


3.jpg


HEBAHAN SEGERA! Tidak pernah saya menulis satu status khas kerana isu sebegini. Tidak pernah saya menulis satu status khas semata-mata ingin memanggil seseorang untuk hadir ke mahkamah untuk menjadi lelaki sebenar,menceraikan isteri yang dia sendiri sudah tidak bertanggungjawab buat sekian lama.

Jadi kenapa saya tulis juga? Ya saya menulis kerana wanita yang ingin memohon cerai ini adalah muallaf yang telah di bawah bimbingan kami di MRM hampir 10 tahun lepas. Segala up and down kehidupannya, kami di MRM menjadi sebahagian daripada hidup beliau sebagai Muslim.

Dengan ini saya menyeru En. Hazanizaini Husin, alamat terakhir di Beserah, Kuantan, Pahang untuk hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 6 Januari 2020 jam 9 pagi bagi bicara taliq/cerai! Beliau tidak memberikan kerjasama kepada pihak mahkamah syariah, tidak dapat dihubungi dan notis mahkamah tidak berjaya disampaikan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, Pahang!

Adalah Hazaini seorang yang dayus? Anda buat penilaian sendiri setelah baca apa yang telah dilakukannya.

1. Tidak tunaikan tanggungjawab menjaga kebajikan dan memberikan nafkah kepada anak dan isteri. Segala perbelanjaan rumah tangga dan anak ditanggung oleh isteri yang merupakan seorang muallaf.

2. Meminta isterinya untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM114,000 (termasuk interest) atas alasan untuk membeli peralatan computer untuk operasi workshop kereta beliau di Beserah, Kuantan dan juga bagi membayar balik hutang beliau dengan saudara mara tetapi sehingga hari ini Vallerie terpaksa menanggung hutang pinjaman itu. 

3. Dan kerana sikap Hazaini yang sangat tidak bertanggungjawab, Vallerie terpaksa menanggung bebanan hutang itu untuk tempoh 10 tahun (bermula Mac 2016 sehingga Februari 2026)! Sebelum meminjam, Hazaini berjanji akan membayar hutang pinjaman itu tetapi apabila Vallerie meminta cerai kerana Hazaini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, beliau terus tidak mahu melangsaikan hutang tersebut. Wahai Hazaini, bertaqwalah kamu kepada Allah!

4. Adakah dia dayus? Setiap kali semasa Vallerie mengalami komplikasi semasa mengandung sehingga bersalin dan dimasukkan ke HUKM, Hazaini tidak segera menjenguknya setelah dimaklumkan dan hanya datang beberapa hari kemudian untuk singgah melawat sekejap-sekejap dalam keadaan terpaksa.

5. Lebih memburukkan keadaan, Ibu bapa Vallerie yang pada awalnya tidak boleh menerima keputusan Vallerie memeluk Islam mula menerima pengIslaman Vallerie tetapi ianya tidak berpanjangan apabila mereka melihat bagaimana anak perempuan mereka dilayan oleh seorang lelaki dayus, persepsi mereka terhadap Islam dan Muslim semakin teruk. Segala usaha Vallerie untuk menjalin semua silaturahim dan berdakwah kepada ibu bapanya telah dihancurkan sekelip mata oleh Hazaini!

Saya secara peribadi pernah menghubungi Hazaini dan tidak lama selepas dia mengetahui siapa saya, dia mula block saya. Lelaki apakah ini yang tidak membayar nafkah isteri, tidak membayar nafkah anak dan tidak ambil tahu hidup dan mati mereka tetapi tidak mahu melepaskan mereka dengan baik?

Sekali lagi saya menyeru En. Hazanizaini Husin, alamat terakhir di Beserah, Kuantan, Pahang untuk hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 6 Januari 2020 jam 9pagi bagi bicara taliq/cerai!

Tolong kongsikan agar sampai kepada orang Beserah yang mengenalinya dan biar sehingga seluruh Malaysia mengenalinya dan mendesaknya hadir ke mahkamah. Kami pernah menghubunginya dengan cara yang baik tetapi tidak dilayannya maka kami terpaksa untuk memaparkan gambar dan butiran di media sosial untuk kesedaran umum.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post