Etnik Uighur diseksa, organ diambil secara hidup-hidup

Etnik Uighur diseksa, organ diambil secara hidup-hidup

CHINA – Seorang doktor pakar bedah dari China mendedahkan dirinya pernah terlibat secara langsung dalam mengeluarkan organ secara terancang daripada banduan etnik Uighur di negara kuku besi tersebut.

Etnik Uighur diseksa, organ diambil secara hidup-hidup
Etnik Uighur diseksa, organ diambil secara hidup-hidup

Doktor tersebut, Dr Enver Tohti Bughda berasal dari pekan Komul, di Timur Turkistan, wilayah yang dipanggil China sebagai Xinjiang berkata, penuaian organ dikenal pasti berlaku pada 1990 di Urumchi (Urumqi), Xinjiang, China.

ARTIKEL MENARIK: Tembak & Bakar Si Perogol, Mangsa Rogol Bakal Dipenjara Seumur Hidup

Loading...

Enver berkata, pada 1995, beliau telah diarahkan oleh Ketua Pakar Bedah Hospital Railway Central untuk melakukan satu pembedahan ‘luar biasa’ dan ketika itu dirinya amat teruja menerima arahan yang sukar diterima doktor-doktor bedah lain.



Menurutnya, selepas mendapatkan peralatan pembedahan mudah alih paling besar dan mempunyai dua orang jururawat serta dua pakar bius di samping hanya membawa van dengan sebuah katil, dirinya telah diarahkan ke tempat hukuman bunuh dijalankan.

“Selepas mendengar beberapa bunyi tembakan bukan mesingan tetapi beberapa senapang yang ditembak pada masa yang sama, saya suruh pasukan saya masuk ke dalam van dan memandu ke pintu masuk lapangan tersebut.

“Kami telah dilatih untuk mengikut arahan tanpa bertanya sebabnya. Di sana ada banyak mayat, 10? 20? Tak tahu ada berapa. Dari dalam van saya dapat lihat lima atau enam mayat di sebelah kiri pada cerun bukit. Kepala dicukur dengan uniform penjara, dahinya diletupkan.

“Seorang pegawai polis menjerit kepada kami, ‘Yang paling kanan di hujung sana awak punya. Keliru, mengapa kami punya’? Tiada masa untuk tertanya-tanya, kami pergi ke lokasi berkenaan. Pakar bedah menyuruh saya segera mengeluarkan hati dan dua ginjal,” katanya.



Dalam pada itu Enver berkata, terdapat juga mangsa yang tidak ditembak mati, namun banduan itu perlu menanggung kesakitan kerana terpaksa melakukan pembedahan mengeluarkan organ secara hidup-hidup tanpa dibius.

Menurutnya, dia melakukan tugas seperti ‘robot’ sambil memberitahu menerima mangsa yang ditembak tanpa mengenai jantungnya bagi memastikan mangsa hidup ketika pembedahan dilakukan.

“Walaupun terdapat pakar bius, namun mereka tidak membiusnya dan hanya perlu dibius bila perlu.



“Pisau bedah saya memotong kulitnya, darah kelihatan menunjukkan jantungnya masih mengepam darah, dia masih hidup. Ketua pakar bedah berbisik kepada saya supaya bertindak segera. Kata-katanya adalah arahan, jadi saya rasa ia adalah sejenis jaminan bahawa saya melakukan ini atas arahannya,” katanya.

Loading...
loading...

Katanya, pembedahan tersebut mengambil masa 30 hingga 40 minit dan ketua pakar bedah gembira meletakkan organ-organ tersebut ke dalam kotak pelik sambil mengarahkan dia membawa pasukannya ke hospital dan mengingatkan bahawa ‘tiada apa-apa yang berlaku’.

“Saya tahu ia adalah satu arahan juga. Tiada sesiapa yang berbicara mengenainya sejak itu,” katanya.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post