Berang kerana jadi mangsa rogol dan dijual untuk tujuan seks, seorang remaja perempuan 19 tahun menembak mati lelaki berusia 33 tahun di kediamannya di Wisconsin, Amerika Syarikat.
Tembak & Bakar Si Perogol, Mangsa Rogol Bakal Dipenjara Seumur Hidup |
Tapi, malang bagi gadis ini apabila dia bakal dipenjara seumur hidup selepas didakwa menembak mati lelaki yang merogolnya.
ARTIKEL MENARIK: Gadis hamil 4 bulan dibunuh kerana kekasih tak nak bertanggungjawab
Loading...
Menurut portal Daily Star, Chrystul Kizer memberitahu menjadi mangsa selepas bertemu dengan lelaki yang dikenali sebagai Randy Volar semasa usianya 16 tahun lagi.
Selepas Randy merogol Chrystul beberapa kali, dia seterusnya memperdagangkan tubuh remaja itu.
Malah, Chrystul turut diberi dadah sebelum dia menembak Randy pada 5 Jun 2018 di rumahnya. Selepas menembak Randy, Chrystul membakar mayat lelaki berusia 33 tahun itu dan terus melarikan diri.
Loading...
loading...
Selepas perbicaraan, peguam Chrystul sedang membuat persiapan untuk rayuan hukuman berkenaan, manakala dia kini ditahan dalam penjara sementara menunggu perbicaraan seterusnya.
HOIVIRAL
Post a Comment