"Saya panik dan terus iklan jual rumah kerana terpaksa menanggung cukai arwah. Kenapa tuntut selepas hampir 10 tahun?"
Balu Arwah Loloq Terpaksa Jual Rumah Tanggung Cukai Royalti, "Kenapa Lepas 10 Tahun Baru Minta?" |
Begitu lah luahan kekecewaan balu Allahyarham Rosli Khamis (Loloq), Hariah Yaacob berkenaan isu surat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diterima tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK: Terpadamnya kerlipan bintang…
Loading...
Menurut Hariah, sebagai ibu tunggal dia tidak mempunyai pendapatan, jadi dia tidak mampu untuk membayarnya melainkan dengan duit penjualan rumahnya di Petaling Jaya seperti dipetik The Malaysian Insight.
Loading...
loading...
"Selepas arwah meninggal pada 2008, saya menerima royalti arwah namun sepatutnya dikecualikan cukai kerana kami cuma pewaris sahaja."
Malahan perkara itu sudah dibawa ke meja perbincangan LHDN tetapi mereka berkeras untuk menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan.
Masalah yang dihadapi Hariah itu mendapat perhatian senator, Yusmadi Yusof yang berpandangan seniman yang sudah meninggal dunia wajar diberi pelepasan cukai terhadap royalti mereka.
"Royalti dapat pada balu tetapi ia dikenakan cukai kerana secara perundangan ia dikira pendapatan. Bagaimanapun ia membebankan bagi balu yang tiada pendapatan," jelasnya mengharapkan kerajaan mengambil kira isu sebegini.
Post a Comment