(Video) 'Dia nak makan anjing tu' - Warga asing kantoi tangkap 3 ekor anjing untuk dijadikan lauk

(Video) 'Dia nak makan anjing tu' - Warga asing kantoi tangkap 3 ekor anjing untuk dijadikan lauk

Khamis lalu, viral video seorang lelaki yang dipercayai warga asing disyaki menangkap anjing jalanan untuk dimakan.

(Video) 'Dia nak makan anjing tu' - Warga asing kantoi tangkap 3 ekor anjing untuk dijadikan lauk
(Video) 'Dia nak makan anjing tu' - Warga asing kantoi tangkap 3 ekor anjing untuk dijadikan lauk

Menurut Anuar Nekmat yang memuat naik video itu di Facebooknya berkata, dia berasa curiga dengan tindakan lelaki itu yang mengikat tali pada leher haiwan itu dan mengheretnya sepanjang jalan.

ARTIKEL MENARIK: 'Diorang berusaha tekan dada Alya, hos masuk dalam mulut' - Ibu rebah, menangis selepas doktor maklumkan anaknya tidak dapat diselamatkan


Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku, Anuar yang ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, memberhentikan kenderaannya lalu menyoal lelaki terbabit. 

"Buat hal orang Vietnam ni. On the way balik dari berniaga tadi, menghala ke pekan Klang, ada seorang lelaki ini ikat leher anjing dan paksa ikut dia lebih kurang 3 kilometer. 

"Yang mencurigakan aku, dia seret anjing tu. Aku pun followlah dia. Tengok macam lain je, sekali aku tanya anjing itu siapa punya, dia kata dia punya. 


"Aku tau dia nak makan anjing tu. Aku suruh dia lepaskan. Aku follow sampai rumah dia, ada dua orang lagi kawan dia tengah tangkap anjing buat satay. 

"Tiga ekor anjing itu aku suruh balik ke pangkal jalan dan aku follow sampai rumahnya. Aku tahu anjing itu haram tetapi lagi haram kau seksa dia. Anjing betul. Harap ada yang bela haiwan tu, jagalah sebaik-baiknya," katanya. 

loading...

Sementara itu, netizen meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana Anuar telah menyelamatkan haiwan itu dari menjadi makanan lelaki warga asing itu. 

2.jpg

Sumber: Anuar Nekmat via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post