'Diorang berusaha tekan dada Alya, hos masuk dalam mulut' - Ibu rebah, menangis selepas doktor maklumkan anaknya tidak dapat diselamatkan

'Diorang berusaha tekan dada Alya, hos masuk dalam mulut' - Ibu rebah, menangis selepas doktor maklumkan anaknya tidak dapat diselamatkan

Pemergian seorang kanak-kanak perempuan ini membuatkan netizen terasa sedih dan pilu. Tidak diketahui apa penyakit yang dihidapinya, sedangkan sebelum ini arwah kelihatan sihat sahaja seperti kanak-kanak yang lain.

'Diorang berusaha tekan dada Alya, hos masuk dalam mulut' - Ibu rebah, menangis selepas doktor maklumkan anaknya tidak dapat diselamatkan
'Diorang berusaha tekan dada Alya, hos masuk dalam mulut' - Ibu rebah, menangis selepas doktor maklumkan anaknya tidak dapat diselamatkan

Sebaik saja pulang dari beriadah di pantai, anak kecil ini mula mengalami demam, dituruti dengan muntah-muntah sehinggalah diserang sawan. Bimbang melihat keadaan anak, si ibu terus membawa anaknya ke klinik seperti dirujuk ke hospital.

ARTIKEL MENARIK: Ada jugak manusia mcm ni zaman skrng. Cerita ini Patut Di Vir4l Agar Pihak Tesco Ambil Tindakan Sepatutnya


Salam takziah buat keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian. Allah lebih menyayanginya. 

SUNGGUH, ajal itu rahsia Allah. Allahuakhbar. Mummy sayang Alya, dunia dan akhirat.

2.jpg

ISNIN, 28 OKTOBER

Mummy: "Alya mau pergi jogging ka, mau pergi main pasir?" 
Alya: "Alya mau main pasir.." 

Petang itu, mummy, daddy, Alya dan Adib pergi Tanjung Aru Beach. Sebelum main pasir, singgah beli makanan sekejap. Alya mau beli pisang goreng tetapi mummy cakap nantilah sebab hujan dah start turun. Maafkan mummy ya tak tunaikan permintaan sayang. 

4.jpg

Ada juga dalam 10-15 minit kami duduk dalam kereta sementara menunggu hujan berhenti. Dalam masa yang singkat, picnic dan bawa Alya main pasir. Mummy dan daddy bergilir temankan Alya main pasir. Happy mummy tengok hajat Alya untuk bermain pasir tercapai. Lama dah Alya cakap mau main pasir tempat hotel cantik. Maksud dia, Alya mau pergi cabana retreat lagi. Tetapi tempat itu agak jauh sayang. Mummy selalu cakap 'next time' kan sayang. Maafkan mummy tak tertunai lagi permintaan Alya. 

Malam sampai di rumah, Alya mandi dan makan. Tokma cakap macam-macam Alya makan, banyak. Lebih kurang jam 11 malam, Alya mengadu badan Alya terasa lemah, rupanya Alya demam. 

SELASA, 29 OKTOBER

Alya sepatutnya pergi sekolah sebab sekolah Alya cuti sampai Isnin saja. Baju sekolah Alya, mummy dah iron semua. Tetapi Alya masih demam. Mummy biarkan Alya tidur sampai 11.30 pagi. Pastu mummy angkat Alya bawa turun. Sikit pun Alya tak mau makan. Petang itu baru Alya mau makan tetapi itu pun biskut adik Adib. Banyak jugalah Alya makan. 

5.jpg

Mummy pujuk Alya mandi. Selepas mandi tu, Alya ada cakap, "Mymmy, Alya tak deman sudah la. Alya sihat," sambil Alya rasa dahi dan badannya. 

Selepas itu, nampak Alya macam okey, boleh bawa Adib main seperti biasa, mummy happy. 

loading...

Tetapi malam itu, Alya start muntah. Biskut yang Alya makan tadi semua dikeluarkan balik. Terkulai layu Alya. Tokma basahkan towel letak di atas kepala Alya. Alya baring dan tidur saja. Tiap malam memang Alya tidur sama Tokma. Manja sangat dengan Tokma.

Tokma cakap, malam dia meracau-racau. Alya ada cakap pasal naik tren. Sepatutnya cuti Deepavali ini mymmy janji mau bawa naik tren. Tak pernah sekali pun kami semua naik tren biarpun setiap hari tengok tren itu lalu di depan mata. Maafkan mummy sayang, ada lagi permintaan Alya yang tak tertunai. 

Alya hanya makan ubat demam yang memang sedia ada di rumah .Mummy tak bawa pergi klinik sebab panas badan Alya juga tak terlalu tinggi. 

RABU, 30 OKTOBER

Alya masih demam, hanya baring dan tidur. Makan memang tak mau dah. Mummy dan daddy pergi kerja seperti biasa. Bagitau Tokma kalau badan Alya panas, call saja. Mummy balik rumah. 

Time di sekolah, Tokma bagitau badan Alya panas. Tokma tak boleh jaga Alya sepenuhnya sebab adik Adib pun cerewet tak nak tidur. Mummy cakap mummy banyak kerja, tak boleh balik. Mummy kena latih murid mummy sebab masa dah singkat. Mummy minta daddy yang balik rumah. Maafkan mummy sayang. 

Sampai di rumah, mummy bawakan donat yang balik-balik Alya cakap. Kebetulan ada jual di sekolah hari tu, tapi daddy cakap Alya mau makan KFC. Daddy pun  keluar pergi beli KFC.

Sementara menunggu daddy, Alya tiba-tiba request mau mummy mandikan Alya. Time tu Adib memang tak nak lepaskan mummy juga. Alya berkeras mau mummy juga yang mandikan Alya. (Rupanya itulah kali terakhir mummy mandikan Alya di rumah ini). 

Selepas mandi, mummy ingatkan Alya akan lebih cergas dan boleh makan ayam KFC. Tetapi tidak, Alya baring semula dan tutup mata. Nampak lemah sangat. 

Jam 3 petang, mummy bawa Alya pergi Klinik kesihatan Kinarut. Kalau demam, memang mummy bawa Alya pergi KK Kinarut saja sebab doktor sini akan suruh Alya buat blood test kalau demam sebab ada sejarah denggi. 

Time kena ambil darah, Alya tak menangis pun. Kuat suara Alya cakap 'Iya' bila nurse cakap jangan takut kalau mau sihat. Hasil blood test, doktor cakap semua okey. Cuma tonsil bengkak, itu sebab Alya tak mahu makan. Lega hati mummy. 

Atas saran doktor, daddy belikan Alya air milo supaya Alya dapat isi perut dan aiskrim vanilla untuk tonsil. Alya makan juga sikit. 

Sampai di rumah, Alya masih lemah, hanya baring dan tidur. Tetapi berkali-kali minta minum air dan letak tuala basah di kepala. Alya demam tetapi suhu badan tidaklah tinggi. Mummy hairan kenapa Alya lemah sangat. 

Jam 7 malam, mummy tengah bagi Adib makan, tiba-tiba Alya keluarkan bunyi dari mulut dan hidung yang kuat sebanyak tiga kali.

"Kenapa Alya nak???" mummy teriak, pegang Alya. Tangan Alya keras dan kejang. Mummy nampak mata putih Alya saja. Mummy kasi badan Alya mengiring, pastu mummy blur.sebab mummy dah lupa apa yang mummy pernah baca pasal sawan. Yang mummy ingat, mengiringkan badan dan tengok jam berapa minit sawan. 

Mummy menjerit panggil Tokma, Tokma pun panik. Tangan mummy menggeletar, tak boleh Google. Mummy call ibu tak angkat, yang mummy boleh buat tulis WhatsApp dalam group minta cari info pasal sawan. Mummy lari ambil tudung, handbag dan kunci kereta. Call daddy minta jumpa di Klinik Dr Mohan. 

Mummy drive sambil pegang Adib. Tokma pegang Alya di tempat duduk belakang. Time ni nampak Alya dah tak sawan tapi masih nampak lemah. 

Sampai di klinik, doktor cakap kalau kes sawan terus saja pergi ke hospital. Lagipun Alya dah nampak tak bermaya sangat. Daddy sampai di klinik dan mummy cakap pergi ke Likas. Tetapi sebelum itu pulang ke rumah sekejap packing barang Alya dan Adib. Kereta daddy dibiarkan saja parking di klinik. 

(Minta maaf sayang, kalau keputusan mummy untuk balik ambil barang di rumah itu adalah keputusan yang salah). 

Daddy drive laju je ke Likas. Sampai di Likas, Alya muntah di depan register counter. Bila nurse bagi ubat demam, Alya muntah lagi. Terus mummy dan Alya disuruh masuk ke emergency. Dalam emergency ingatkan ada doktor yang akan terus periksa Alya tetapi tidak. Mummy dan Alya duduk  sahaja di atas katil dalam setengah jam sambil tengok doktor dan nurse sibuk merawat pesakit yang lebih kritikal. Mungkin doktor dan nurse tak layan kami sebab Alya nampak okey saja, siap boleh lambai-lambai Tokma dan Adib di luar emergency.

Maybe Alya dah penat duduk, dia minta mau baring. Mummy tengok Alya terus tutup mata, kejap-kejap buka. Mummy tunggu lagi mana doktor yang akan periksa Alya. Datang seorang doktor lelaki, soal siasat mummy. Selepas itu, sekali lagi kami dibiarkan begitu sahaja. 

Alya nampak tenang, kejap mata tutup, kejap mata buka. Hanya ada seorang nurse yang ambil darah Alya. Mummy tanya nurse tu, Alya masuk wad ka? Iya, jadi mummy pun tunggulah apa tindakan seterusnya. 

Daddy cakap Adib mau minum susu, jadi mummy pun bagitau Alya mummy keluar kejap. Masa pertukaran mummy daddy itu, rupanya Alya jatuh dari katil. Kasihan anak mummy. Selepas itu mummy masuk lagi jaga Alya tetapi adik Adib menangis lagi mau tidur. Mummy pun pergi ke kereta dekat jam 11 malam, tidurkan Adib. 

Jam 11.37, mummy tanya daddy, Alya sudah masuk wad? Daddy cakap belum. Alya kena sawan lagi tadi lima saat. Allahu, anak mummy. Mummy keluar dari kereta cepat-cepat pergi ke emergency. Nampak doktor dan nurse sudah mula sibuk memeriksa Alya. Mummy ganti jaga Alya. 

Alya kena pasang oksigen, tangan Alya dua-dua kena jarum untuk drip air. Pastu doktor sambungkan wayar di badan Alya. Pastu tengoklah di screen garis-garis macam yang mummy pernah tengok dalam drama Melayu. Tetapi selepas itu Alya mula rasa tidak selesa dengan wayar-wayar yang penuh di tangan dan badan. Alya minta buka oksigen sebab mau muntah. 

Alya muntah dan terus muntah. Time ni mummy tengok Alya sakit sangat. Alya cakap dengan kuat, "Alya nak minum'. (Inilah ayat terakhir yang keluar dari mulut Alya yang mummy boleh dengar dengan jelas). 

Nampak Alya mau muntah lagi tetapi tak boleh. Time ni nampak mata putih saja. Alya semakin pucat, 2-3 doktor mula sibuk cari keputusan darah Alya. Dari pemerhatian mummy, doktor itu cakap blood test semua nampak okey, tetapi Alya semakin biru. 

Alya dipindahkan ke katil lain, ubat-ubat Alya semua ditambahkan ke dos yang paling tinggi. Itu saja yang mummy faham. Mummy tengok semua orang kelam-kabut. Tangan dan kaki mummy menggeletar. Tengok Alya semakin sakit. Doktor tengah call pakar sambil tengok di skrin. Semakin ramai di keliling Alya. Mummy tanya kenapa dengan Alya, doktor cakap dia pun tak tahu. Tiba-tiba doktor jerit, "CPR!!!". Allahu...

Sempat mummy tengok nurse tekan-tekan dada Alya sebelum mummy disuruh keluar. Mummy tak tahan tunggu di luar, mummy masuk semula. Ya Allah, diorang masih berusaha tekan dada Alya. Ada hos sudah masuk dalam mulut Alya. Pakar-pakar turun dari atas. Pakar jumpa mummy dan tanya macam-macam soalan.

Sekali lagi mummy tanya, "Kenapa dengan anak saya?" 

Doktor pakar pun jawab benda yang sama, "Saya tidak tahu kenapa dengan anak puan." 

Dada Alya terus ditekan, nurse dan doktor bersilih ganti tanpa henti. Mummy menggigil melihat itu semua dari celah-celah langsir. Sekali lagi doktor pakar keluar, "Anak puan tak okey". Pastu dia masuk balik. 

Mummy tengok diorang stop tekan dada Alya dan berbincang. Dalam hati mummy mungkin keadaan reda sedikit atau mungkin diorang mau pindahkan Alya ke ICU. Sangkaan mummy itu meleset. Doktor pakar keluar.

"Anak puan tidak dapat diselamatkan" 

"Maksud doktor?" 

"Iya, anak puan sudah tiada."

Allahuakhbar. Mummy terus rebah, menangis sekuat-kuat hati. Mummy bangun, sebaik tengok Alya atas katil, air mata mummy stop.

"Betul ka ni doktor? Saya tidak percaya." 

Doktor hanya mengangguk. Mummy tanya soalan yang sama berulang kali. Mummy angkat Alya, cium Alya, mummy diam, mummy tengok daddy dan Tokma menangis. Tapi time ni air mata mummy tak boleh keluar. Tak tahu kenapa. Mummy hanya dakap Alya sepuas-puasnya. Mummy sayangkan Alya dunia dan akhirat.

Dokor yang berdiri di situ berulang kali cakap, "Saya betul-betul tak tahu apa yang terjadi sama anak puan. Saya minta maaf."

Allahukhbar. Pemergianmu sayang begitu cepat. Pemergianmu di hari lahir daddy. Singkatnya masa Allah pinjamkan Alya. Ya Allah, cepatnya. 

#qasehaalyaanaksyurgamummy
#qasehaalyadalamkenangan
#mummysayangalyaduniaakhirat

Sumber: My Tawau  via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post