"Selamat Jalan Permata Hati Ibu.." – Kanak-kanak Derita Kanser Otak Meninggal Dunia

"Selamat Jalan Permata Hati Ibu.." – Kanak-kanak Derita Kanser Otak Meninggal Dunia

“Berakhirlah penderitaan abang. Selamanya abang di hati ibu. Abang tunggu ibu abi kat sana. Doakan kami ke syurga macam abang. Sesungguhnya ibu halalkan susu ibu dan semua untuk abang. I love you abang”

"Selamat Jalan Permata Hati Ibu.." – Kanak-kanak Derita Kanser Otak Meninggal Dunia
"Selamat Jalan Permata Hati Ibu.." – Kanak-kanak Derita Kanser Otak Meninggal Dunia

Begitulah luahan hiba Nurul Ashiqin Abd Rahman, ibu kepada Muhammad Al-Huzaifah Ahmad Farhan, kanak-kanak penghidap kanser otak tahap empat yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, hari ini.


ARTIKEL MENARIK: Tak Perlu Membazir Beli Dekoder! Ni Cara SETTING Sendiri “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview”, Yang Rakyat Malaysia Tak Tahu


Menurut Nurul Ashiqin, tahap kesihatan anaknya semakin merosot sejak beberapa hari yang lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 10.20 pagi tadi.

Muhammad Al-Huzaifah yang berusia empat tahun dikesan menghidap kanser otak sejak 6 Julai yang lalu selepas tiba-tiba tidak boleh berjalan apabila bangun dari tidur.


Sejak hari itu, kehidupannya berubah sama sekali dari seorang kanak-kanak yang periang dan petah bercakap kepada seorang yang pendiam seolah-olah dia tahu nyawanya tidak panjang.

Semoga Allah merahmati roh Muhammad Al-Huzaifah dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah…

1.jpg

2.jpg

3.jpg

loading...


4.jpg

Sumber: http://cempedakcheese.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post