Gara-gara cemburu, kilang pemprosesan produk minuman kesihatan sarang burung milik pelakon dan pengacara Datin Fouziah Gous, 36, sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa.
“Dah Banyak Kali Kilang Diserbv Kerana Ada Yang Kata Pr0duk Sarang Burung Walet Saya Tidak Halal” Fouziah Gous |
“Sudah banyak kali kilang diserbu berikutan ada dakwaan kononnya produk sarang walet yang saya usahakan tidak halal.
ARTIKEL MENARIK: “Pitt memang berpakat dengan baba tinggalkan mama” – Selepas Lima hari pemergian Pitt Hanif, Ini Luahan Fauziah Nawi
“Dua hari lalu kena serbu lagi kerana pihak berkuasa ada terima aduan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fouziah, dia mengusahakan perniagaan minuman berasaskan sarang burung walet sejak 2008.
Tegas Fouziah, dia tidak gentar dengan tuduhan tidak berasas individu yang cuba menjatuhkan reputasi perniagaannya.
“Lucu bila kenang semua dakwaan tidak masuk akal itu. Namun, apa boleh buat, itulah adat persaingan dalam perniagaan.
“Hakikatnya, perniagaan yang saya usahakan bertahun-tahun ini mengikut prosedur dokumen yang betul. Jadi, kenapa saya perlu takut? Prinsip saya mudah, kalau tidak melakukan sebarang kesalahan, tunjuk sahaja bukti dokumen yang diminta pihak berkuasa,” katanya.
Ditanya status dirinya yang kini layak digelar jutawan, Fouziah berkata itu impian semua orang.
loading...
“Apa yang saya impikan, Allah SWT sudah berikan lebih daripada itu. Apabila sudah banyak yang Allah beri, saya kena bersyukur dan terus berusaha,” katanya.
Dalam pada itu, Fouziah percaya apa yang diraih juga adalah satu dugaan.
“Saya berusaha berikan yang terbaik kepada pekerja dan keluarga.
“Apa yang saya inginkan bukanlah gelaran jutawan itu tetapi saya sentiasa mengharapkan doa berterusan,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Harian Metro via VIRAL KAMI PRESS
Post a Comment