Seorang remaja maut selepas bermain permainan komputer tanpa henti ketika musim cuti persekolahan di rumahnya di Udon Thani, utara Thailand.
Remaja Ditemui Mati Selepas Bermain Game Tanpa Henti |
Akhbar Daily Mail melaporkan, Piyawat Harikun, 17, mula bercuti pada akhir Oktober lalu dan menghabiskan masa lapang dalam bilik dengan permainan komputer.
ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Dia nak makan anjing tu' - Warga asing kantoi tangkap 3 ekor anjing untuk dijadikan lauk
Ibu bapanya berkata, Harikun berjaga sepanjang malam dan kemudian menarik tirai biliknya waktu siang untuk bersambung bermain permainan itu.
Mereka akan membawa makanan ke biliknya dan menyuruhnya berhenti, namun dia enggan berbuat demikian.
Ayahnya, Jaranwit pergi ke biliknya petang semalam dan mendapati anaknya tersungkur dari kerusi komputer.
Jaranwit, seorang pegawai tentera berkata dia cuba membangunkan anaknya, namun sudah terlambat.
Pasukan perubatan yang memeriksa mayat remaja itu berkata, mangsa meninggal dunia akibat strok, yang mereka percaya puncanya bermain permainan komputer secara berterusan sepanjang malam.
Jaranwit mengakui anaknya itu ketagih permainan komputer dan memberi nasihat supaya ibu bapa lain tidak membenarkan anak mereka membuat perkara sama.
loading...
‘Anak saya seorang yang bijak di sekolah, tetapi dia mempunyai masalah besar iaitu ketagih permainan komputer,” katanya. -Agensi
Sumber: http://cempedakcheese.com via Sehinggit | Segalanya di Sini
Post a Comment