Dulu kalau nak beli barang dapur, RM200 tu boleh dapat dua troli. Sekarang, setengah troli pun belum tentu dapat.
Berita Baik Untuk Bangsa Johor! Sultan Johor Buka Supermarket Baru 10% Lagi Murah Dari Tempat Lain |
Sebabkan ini, Sultan Johor umum berita gembira untuk rakyat kesayangannya.
ARTIKEL MENARIK: 'Palsu? Ini saya, mangsa dipukul supporter Malaysia di Bukit Bintang' - Mangsa tampil nafi dakwaan Syed Saddiq
Semalam, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah umumkan yang baginda nak buka supermarket baru di negeri Johor.
Menurut posting di Facebook @officialsultanibrahim, baginda sedang merancang untuk bekerjasama dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor.
Sultan Ibrahim bertitah, barangan di pasaraya yang akan dibuka itu bakal dijual dengan harga 10 peratus lebih murah dari pasaraya lain untuk mengurangkan beban rakyat.
loading...
KEBAJIKAN RAKYAT TETAP MENJADI AGENDA SULTAN JOHOR
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan Projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) merupakan antara inisiatif murni hasil ilham Baginda.
Baginda Tuanku Sultan yang kini berada di Timur Tengah atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.
DYMM Sultan Johor merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor. Pasaraya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.
“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini (28 Mac).
DYMM Sultan Johor bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan Baginda umumkan dalam tempoh terdekat.
Usaha bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah terus menjadi agenda serta fokus DYMM Sultan Johor.
Antara komen netizen :
Wahh untungnya rakyat Johor dapat Sultan berjiwa rakyat macam ni. Nanti pasaraya baru ni penuh dengan orang Johor ke Singapore? Min tanya je…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Lobak Merah via Sinar Viral Network
Post a Comment