Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa video yang viral di media sosial mendakwa penyokong Indonesia dipukul adalah berita palsu dan fitnah yang amat teruk.
'Palsu? Ini saya, mangsa dipukul supporter Malaysia di Bukit Bintang' - Mangsa tampil nafi dakwaan Syed Saddiq |
"Kepada rakan-rakan di Indonesia, tolonglah jangan percaya 'hoax', berita palsu, fitnah yang mengatakan ada penyokong Indonesia yang dipukul dan ada penusukan dikatakan dilakukan oleh penyokong Malaysia," katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
ARTIKEL MENARIK: 'Tangan Aidil perlu dipotong untuk selamatkan nyawa' - Ahli keluarga mohon orang ramai doakan Aidil
Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Yovan tampil memuat naik video pengakuan bahawa kejadian itu benar berlaku di Bukit Bintang.
loading...
"..setelah mendengar kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saya sangat berasa sedih dan kasihan kerana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.
"Ini saya, salah seorang mangsa yang berada di Bukit Bintang pada malam itu. Saya ingin menjelaskan bahawa video itu benar, bukan hoax. Ini adalah buktinya, ini adalah kebiadaban supporter Malaysia pada malam itu.
"Ini adalah yang asli, bukan hoax," katanya yang sudah pulang ke Indonesia sejak Rabu lalu.
Yovan menuntut Syed Saddiq memohon kepada Indonesia di atas kejadian itu dan menegaskan dia sudah membuat laporan polis dan diberikan bantuan perubatan dengan bantuan beberapa rakyat Malaysia pada malam kejadian.
The Reporter
Post a Comment