Susulan viral video seorang penumpang tren memesan hidangan McChicken melalui interkom, RapidKL memberi peringatan tegas kepada para pengguna bahawa perbuatan itu adalah satu kesalahan yang serius.
(Video) 'Hello bang, saya nak order McChicken' - RapidKL beri amaran jangan salahguna interkom atau berdepan denda RM10,000 |
Tweet yang dimuat naik @MyRapidKL semalam, "Peringatan, menyalahgunakan peralatan interkom dalam tren adalah kesalahan serius.
ARTIKEL MENARIK: 'Anak pandai, dikahwin dengan pemandu lori' - Wanita kesal, ibu bapanya dikutuk orang kampung kerana pilihannya
"Anda boleh didenda sehingga RM10,000. Jangan sama sekali salah guna peralatan ini."
Netizen menyambut baik peringatan tersebut tetapi mengatakan individu dalam video tersebut hanya bergurau dan tidak menekan butang interkom tersebut.
loading...
[PERINGATAN]— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) October 10, 2019
Menyalahgunakan peralatan interkom dalam tren adalah kesalahan serius.
Anda boleh didenda sehingga RM10,000.
JANGAN SAMA SEKALI SALAH GUNA PERALATAN INI.
-TAMAT- pic.twitter.com/id03GzRQFr
Para pengguna pengangkutan awam dinasihatkan tidak melakukan sebarang perbuatan salahlaku yang boleh mengajak atau mempengaruh orang lain untuk melakukan perbuatan tersebut. Bersama-samalah kita menjaga pengangkutan awam untuk kesenangan bersama.
Sumber: MyRapidKL via The Reporter
Post a Comment