Dua bayi kembar perempuan ditemui di tepi jalan dipercayai dicampak keluar oleh ibunya dari kereta yang sedang bergerak, lapor Daily Mail.
Bayi Kembar Baru Lahir Dicampak Ibunya Keluar Dari Kereta Yang Sedang Bergerak |
Dalam kejadian di Negros Oriental, Filipina, wanita itu dipercayai membuang anaknya pada waktu awal pagi.
ARTIKEL MENARIK: “Konvo Duduk Sebelah2,” Esoknya Tolong Kambus Tanah Kebvmi Jenzah Rakan
Salah seorang daripada bayi itu masih hidup dan diselamatkan selepas penduduk terdengar suara tangisan bayi itu datang dari kawasan rumput di tepi jalan.
Malangnya, seorang lagi bayi yang tubuhnya lebih kecil dan lemah didapati tidak sedarkan diri dan kulitnya sudah pucat, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Video rakaman orang awam menunjukkan bayi yang terselamat itu telah dibalut dengan kain sementara menunggu pihak ambulans tiba di tempat kejadian.
Penduduk yang menemui bayi kembar itu menyelar tindakan si ibu yang tergamak membuang dua bayinya itu.
Lea Gutib, antara penduduk yang menemui bayi itu berkata, "Bayi kembar itu sangat cantik dan kecil. Saya tak percaya apabila kami menemuinya.
loading...
"Salah seorang daripadanya tidak bernafas, seorang lagi masih kuat dan bergerak.
"Saya tidak faham, macam mana seorang ibu boleh tergamak melakukan anaknya begini? Perkara ini pasti akan menghantui kehidupannya sepanjang hayat," katanya.
Difahamkan, pihak polis sedang berusaha mengesan ibu bayi terbabit.
Sumber: The Reporter
Post a Comment