Rata-rata peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti mengenali anak-anak tirinya bersama Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.
Asyraf Khalid Dedah Pernah Kena ‘Sound Tepekk’ Dengan Ibu Tirinya, Datuk Siti Nurhaliza |
Sebelum pernikahan bersama Datuk Siti, Datuk K pernah berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada 1990. Namun begitu jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya mereka bercer4i pada tahun 2004.
ARTIKEL MENARIK: Peminat Kecewa Rita Rudaini Dan Azhan Rani Bernikah,Kongsi Gambar Detik2 Terindah !!
Hasil perkahwinan tersebut, Datuk K memiliki empat orang anak, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.
Anak yang sulung, Muhd Anas Zawawi merupakan seorang ahli perniagaan. Anas telah berkahwin dengan anak kepada Dato’ Sri Hishamudin Tun Hussein iaitu Nasha Alyssa.
Manakala Adib pula adalah CEO Tune Music, yang merupakan anak syarikat Tune Group. Adib juga merupakan rakan kongsi Tan Sri Tony Fernandes & Dato Sri Kamarudin Meranun. Adib selamat bernikah dengan aktres jelita, Izara Aisyah pada 17 November 2017.
Asyraf merupakan Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse serta pengasas organisasi Generasi Bersatu Malaysia (GBM). Asyraf juga adalah pengarah eksekutif SimplySiti. Asyraf bernikah dengan selebriti cantik Indonesia, Tya Ariffin atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Ariffin.
Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang comel bernama Arif Jiwa.
loading...
Manakala anak yang bongsu, Aazief kini masih belajar di Universiti di Universiti Oxford.
Ramai yang tertanya-tanya hubungan Datuk Siti dengan anak-anak tirinya. Menurut Datuk Siti hubungan mereka baik-baik sahaja. Malah Datuk Siti juga baik dengan bekas isteri Datuk K, Tengku Zawiyah.
Yang terbaru, menerusi InstaStory, Asyraf berkongsi beberapa pertanyaan netizen mengenai dirinya dalam ‘Ask me a question’. Antaranya adalah soalan yang berkaitan dengan ibu tirinya, Datuk Siti dan anaknya, Arif Jiwa.
Apa yang menariknya, Asyraf mendedahkan beliau tidak pernah kena marah dengan Datuk Siti, tetapi pernah kena ‘sound’ sebab menggunakan kereta Datuk Siti tanpa kebenaran.
Menurut Asyraf lagi, Datuk Siti merupakan seorang yang baik dan penyabar, tidak pernah nampak beliau menengking dan marah.
Di sini kami kongsikan lagi, beberapa soalan netizen yang dijawab oleh Asyraf di InstaStory miliknya.
Ramai sedia maklum ibu kepada Siti Aafiyah ini seorang yang berperwatakan lembut, sopan santun dan penyayang. Tetapi beliau juga seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.
Kami di Soya Lemon mendoakan agar hubungan kekeluargaan Datuk Siti bersama anak-anak tirinya berbahagia selamanya sampai ke Syurga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Instagram Asyraf Khalid via SoyaLemon via Sinar Viral Network
Post a Comment