(Video) Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang ABPBH Naik Apa? Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati

(Video) Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang ABPBH Naik Apa? Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati

Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Zizan Razak, menganggap pencapaiannya kali ini adalah yang terbaik.

(Video) Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang ABPBH Naik Apa? Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati
(Video) Muka Zizan Berubah Terus Bila Mira Filzah Ditanya Datang ABPBH Naik Apa? Ini Jawapan Zizan Dengan Muka Tak Puas Hati

Video Zizan Berada Di Bawah Artikel

ARTIKEL MENARIK: Penampilan terbaru Mawar Karim yang mengejutkan dan menarik perhatian ramai.


Katanya, dia masih menjadi pilihan peminat selepas lebih sedekad dalam industri seni. “Saya masih menang walaupun lebih 12 tahun dalam industri. Alhamdulillah, rezeki luas yang dikurniakan buat saya.



“Bukan hanya ABPBH, saya juga menang pada anugerah lain. Ini berkat doa ibu bapa saya. “Rahsia kemenangan saya mungkin kerana ada sahaja filem saya ditayangkan, setiap tahun,” katanya.

loading...


Zizan turut membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH 32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

KEMENANGAN ZIZAN RAZAK DI ABPBH

BERLATIH DALAM BILIK MANDI

Zizan berkata, perasaan beraksi sebagai penyanyi di pentas gah seperti ABPBH adalah berbeza.
“Saya anggap ia satu penghormatan buat saya. Debarannya cukup terasa, apatah lagi muncul pada segmen pembukaan.

“Saya berasakan diri ini belum cukup layak untuk beraksi di pentas anugerah berprestij ini sebagai penyanyi, tetapi ruang dan peluang dihulurkan saya sambut dengan hati terbuka,” katanya.

Zizan berkata, dia giat berlatih sejak seminggu lalu, termasuk ketika berada di bilik mandi.
“Siang malam saya mendengar lagu ini, bahkan waktu mandi pun masih menyanyi.

BERUBAH MUKA ZIZAN BILA MIRA FILZAH DITANYA SOALAN

Mira Filzah ditanya soalan spontan oleh Kak Lina Pom Pom, datang ABPBH dengan siapa? Kebetulan Zizan Razak berada satu barisan dengan Mira Filzah. Dia disakat, takkan datang sorang. Zizan tak datang ambil ke? Ini Jawapan Zizan hehe! Jom Layan … Kuatkan sikit volume ye ..

Sumber : BHARIAN / EE TV ( Youtube )

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post