Tamat Sudah Riwayat Kereta Kancil Ini, Apabila Diperiksa Memang Pelik Kenapa Sebelum Ini Tidak Pernah Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Tamat Sudah Riwayat Kereta Kancil Ini, Apabila Diperiksa Memang Pelik Kenapa Sebelum Ini Tidak Pernah Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Pengguna media sosial sudah tentu tidak berasa pelik lagi dengan kehadiran sebuah kereta kancil yang dipandu seorang lelaki misteri yang agak lusuh berlegar-legar di jalan raya.

Tamat Sudah Riwayat Kereta Kancil Ini, Apabila Diperiksa Memang Pelik Kenapa Sebelum Ini Tidak Pernah Ditahan Oleh Pihak Berkuasa
Tamat Sudah Riwayat Kereta Kancil Ini, Apabila Diperiksa Memang Pelik Kenapa Sebelum Ini Tidak Pernah Ditahan Oleh Pihak Berkuasa

Sebelum ini kereta tersebut pernah tular di temui di Pulau Pinang sedangkan kebiasaannya menurut warganet lelaki itu hanya terlihat sekitar ibu kota sahaja.

ARTIKEL MENARIK: Rafidah Aziz Dedahkan 5 Sebab Kenapa Sehingga Hari Ini Dia Masih Tidak Bertudung


Pintu dia tercabut letak atas kereta

Walau bagaimanapun, setakat ini lelaki misteri yang merupakan pemandu kereta tersebut masih belum dikenal pasti identitinya.

Tetapi semua sudah terungkai.. Jom baca di bawah..

Kereta Lejen Akhirnya Tamat… 

KERETA lusuh yang tular di media sosial berikutan keadaannya yang didakwa warganet sudah tidak sesuai berada di jalan raya sudah disita polis selepas ditemui di bahu jalan di Kilometer 15 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Gombak pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kereta itu kira-kira 10 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke lokasi sebelum mendapati kereta berkenaan diparkir di bahu jalan berkenaan.

“Pemandu kereta terbabit yang berusia 45 tahun turut berada di lokasi berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

loading...

Roadtax Lama Mati.. Pemandu Lak Takde Lesen..

Arshad berkata, semakan mendapati cukai jalan kereta berkenaan sudah tamat tempoh sejak September tahun lalu.

“Semakan juga mendapati pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu ketika diperiksa.

“Berdasarkan rekod, kereta itu dimiliki seorang lelaki dipercayai ahli keluarga pemandu berkenaan yang berusia 75 tahun,” katanya.

Menurutnya, tindakan sita terhadap kereta itu dilakukan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, kisah mengenai kereta yang turut digelar warganet sebagai ‘Kancil lejen’ itu tular di media sosial selepas didakwa dipandu dalam keadaan tidak sempurna di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.

Sumber: Hmetro Online via Sinar Viral Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post