Sultan mangkat: Pegawai negeri, rakyat Kelantan berkabung 40 hari

Sultan mangkat: Pegawai negeri, rakyat Kelantan berkabung 40 hari

KOTA BHARU: Semua pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra hari ini.

Sultan mangkat: Pegawai negeri, rakyat Kelantan berkabung 40 hari
Sultan mangkat: Pegawai negeri, rakyat Kelantan berkabung 40 hari

Setiausaha Kerajaan Kelantan Nazran Muhammad pada sidang akhbar khasnya berkata, mereka mesti memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher berwarna hitam dalam tempoh perkabungan itu.

Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra.


ARTIKEL MENARIK: “Ini jawapan terhadap segala cac1ian saya terima selama ini” – Saksi Utama imbau kembali apa yg terjadi pada malam itu


“Manakala kerabat-kerabat diraja, pegawai dan kakitangan Istana hendaklah memakai pakaian berkabung selama 100 hari bermula hari ini.

“Semua masjid dan surau di Kelantan hendaklah mengadakan majlis tahlil dan doa selepas Maghrib selama tujuh hari,” katanya.

Nazran berkata, rakyat jelata boleh menziarahi jenazah bagi penghormatan terakhir mulai pukul 2.00 hingga 4.00 petang ini.

“Tempoh yang sama turut diberikan kepada orang kenamaan untuk penghormatan terakhir itu,” katanya.



loading...

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas Asar dengan perangkatan jenazah menggunakan pedati khas yang ditarik anggota tentera bermula dari Istana Balai Besar.

“Pakaian pada upacara pemakaman bagi lelaki Melayu mestilah pakaian kebangsaan putih, sampin tenun putih dan kain putih di kemuncak songkok.

“Bagi orang bukan Islam boleh memakai lounge suit manakala perempuan berbaju panjang, berkain tudung manakala bukan Melayu adalah berpakaian sopan,” katanya.

Beliau berkata Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permasuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka tiba untuk memberikan penghormatan terakhir.

Turut dijangka hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kenamaan Istana lain.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II pada pukul 8.11 pagi tadi.


Kredit : Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post