Punca sebenar kes Mejar Zahir akhirnya didedahkan

Punca sebenar kes Mejar Zahir akhirnya didedahkan

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang m@aut terkena te3mbakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor k3ecuaian.

Punca sebenar kes Mejar Zahir akhirnya didedahkan
Punca sebenar kes Mejar Zahir akhirnya didedahkan

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Kes3eksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.

ARTIKEL MENARIK: Tweet Sweet bila Selendang Raja Permaisuri Agong Tersangkut Dekat Baju Agong


“Setakat ini, siasatan mendapati ia menjurus kepada kecua@ian tetapi siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.
Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan i1nsiden t3embakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.
Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung i1nsiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar keja@dian.
Mej Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meni1nggal dun1ia pada Rabu selepas dipercayai terte3mbak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. – Bernama

loading...

Balu teruskan ‘legasi’ Mejar Mohd Zahir
JASADNYA sudah tiada, namun semangat serta rancangan kehidupan yang disusun bersama sebelum ini masih mekar dan akan tetap diteruskan.
Itu tekad balu Pegawai Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang kini sendirian mengemudi kehidupan sendirian bersama anaknya termasuk bayi, Izzul Zakly berusia enam bulan.
Pasangan itu turut mempunyai empat lagi anak, Muhammad Irfan Daniel, 10, Muhammad Abel Zulkarnain, 9; Muhammad Remy Iskandar, 8; dan Nur Adriana, 6.

Nour Shafinar Harun, 31, berkata, tidak akan mengabaikan rancangan yang diatur dengan a@rwah kerana itu juga cara untuknya meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anaknya.
Dia yang sebelum ini berkhidmat di 12 Kompeni Khor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur, sepatutnya berpindah ke Ipoh, Perak pada November dan menguruskan perniagaan rekaan baju-T yang jadi legasi a@rwah.
“Rancangan ini dimuktamadkan beberapa hari sebelum a@rwah berlepas ke Sabah (pada 26 Ogos). Sebelum itu kami memang ada merancang untuk menetap sama ada di Melaka, Kuala Lumpur atau Perak.
“Persediaan juga sudah dibuat terutama selepas saya berhenti kerja sejak Jun lalu untuk memberi tumpuan sebagai suri rumah dan perniagaan kami.
“Kemudian @arwah berkata sebelum dia pergi ke Sabah ‘umi muktamad, kita duduk Perak, kita balik Perak’ dan saya beritahu jika begitu, saya akan cari rumah dekat kawasan Batu Gajah.
“Sebabnya jika dia dapat bertukar ke Perak, kemungkinan dia bertugas di kem di Batu Gajah, tetapi a@rwah cakap jangan cari rumah di situ sebaliknya cari dekat dengan rumah mak saya (di Ipoh),” katanya yang ditemui di kediaman ibunya di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Ipoh, hari ini.
Nour Shafinar berkata, arwah juga mencadangkan supaya dia dan anaknya berpindah dahulu ke Ipoh dan arwah menyusul kelak, menyebabkan saya bercadang berpindah pada November.
“Namun kini hanya saya dan anak-anak sahaja berpindah ke sini (Ipoh) dan perpindahan ini lebih awal daripada apa dirancang.
“Saya akan usahakan perpindahan sekolah anak-anak saya pada awal tahun depan,” katanya yang memberitahu akan tetap meneruskan perniagaan diasaskan arwah Mohd Zahir.
Katanya, Mohd Zahir berkemahiran membuat rekaan baju T dan kerap memakai baju T yang direka sendiri kerana minat mendalam terhadap bidang itu.
“Saya akan teruskan cita-cita dia ini kerana dia memang minat perniagaan dan mereka baju T terutama pakaian ketenteraan,” katanya.
sumber: astroawani via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post