Seorang ibu menyembunyikan mayat anak perempuan berusia lima tahun dalam almari selepas kanak-kanak itu mati akibat terminum cecair pencuci tandas.
Ibu sorok mayat anak dalam almari selepas mangsa mati terminum cecair pencuci tandas |
Priscilla Torres, 27, didakwa di mahkamah pada Selasa lalu selepas didapati menyembunyikan mayat anaknya, Sierra Patino, yang mereput di dalam almari hampir seminggu di kediamannya di Houston, Texas.
ARTIKEL MENARIK: Isteri bakor anak & suami kerana enggan jual rumah pusaka untuk bayar hutang RM2.97 juta
Menurut keterangan Torres di mahkamah, Sierra mati akibat terminum cecair pencuci tandas, namun dia menukar keterangannya dan menyalahkan teman lelakinya.
Dia mendakwa, 23 Ogos lalu, teman lelakinya yang memberi Sierra mandi dan ketika itu dia sedang memasak di dapur. Apabila dia pergi melihat Sierra, dia mendapati badan mangsa melecur dengan bahan kimia tersebut.
loading...
Torres berkata, dia menjaga Sierra setiap minggu kerana bimbang pihak Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak akan mengambil anaknya sekiranya dia menghantarnya ke hospital selepas kejadian itu.
Katanya lagi, Sierra meninggal dunia pada 27 Ogos lalu selepas tidak keadaannya menjadi semakin teruk di mana dia tidak dapat makan, apatah lagi berdiri sendiri selama beberapa hari.
Torres membungkus mayat anaknya dengan selimut dan diletak dalam almari kereta dia tidak mahu 'melepaskannya'.
Sementara itu, polis berkata, tidak dapat bagaimana mangsa meninggal dunia tetapi tindakan tertuduh menyembunyikan mayat anaknya di dalam almari adalah perkara yang paling tidak masuk akal.
Difahamkan, polis menemui mayat mangsa selepas ahli keluarga suspek datang ke rumah untuk memeriksa keadaan mangsa sebelum terhidu bau busuk berkenaan.
Setelah didesak, akhirnya Torres mengaku yang anaknya telah mati.
Torres kini ditahan di penjara dan akan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah.
Sumber: Metro via The Reporter
Post a Comment