Wanita hamil maut terkena renjatan elektrik dalam bilik air, suami cuba bantu juga turut maut bersama

Wanita hamil maut terkena renjatan elektrik dalam bilik air, suami cuba bantu juga turut maut bersama

Pasangan suami isteri ditemui mati dalam kediaman mereka akibat terkena renjatan elektrik di bilik air. 

Wanita hamil maut terkena renjatan elektrik dalam bilik air, suami cuba bantu juga turut maut bersama
Wanita hamil maut terkena renjatan elektrik dalam bilik air, suami cuba bantu juga turut maut bersama

Dalam kejadian yang berlaku di Hunan, China, pasangan berkenaan yang bekerja di kilang elektronik yang sama didapati tidak datang bekerja pada 9 Ogos, Jumaat, malah panggilan telefon juga tidak dijawab.

ARTIKEL MENARIK:


Abang ke mangsa lelaki yang bekerja di kilang yang sama mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pasangan itu. Setibanya di rumah itu, panggilan dan ketukan tidak dijawab. Lalu dia memanjat masuk ke rumah itu menggunakan laluan kecemasan.


Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati adiknya terbaring di lantai di luar bilik mandi sebelum ternampak adik iparnya yang mengandung berada di dalam bilik tersebut.


Siasatan mendapati, pasangan itu maut akibat terkena renjatan elektrik meskipun tidak dapat dijelaskan secara spesifik bagaimana mereka terkena renjatan.


Namun dipercayai si isteri terkena renjatan elektrik di dalam bilik air. Suaminya pula datang untuk membantu tetapi oleh kerana si suami tidak memakai selipar, dia turut terkena renjatan.


Rakan pasangan itu berkata, kedua-duanya berusia dalam lingkungan 30-an dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun di kampung dan mangsa wanita sedang hamil anak kedua.



loading...

Jiran yang tinggal di bawah rumah pasangan itu berkata, malam sebelum kejadian itu, dia terasa ada renjatan elektrik di pintu bangunan. Selain itu, dia turut terdengar pasangan itu menangis meminta tolong antara jam 8 hingga 9 malam tetapi mereka menyangka suara tangisan itu datang dari televisyen.


Sehinggalah keesokan harinya apabila orang ramai berkumpul di luar rumah pasangan itu dan menyedari mereka telah meninggal dunia serta tangisan yang didengarinya semalam adalah suara tangisan pasangan berkenaan.


Selepas kejadian itu, penghuni bangunan itu diminta berpindah ke hotel buat sementara waktu dan kos ditanggung oleh pemilik bangunan, bagi memboleh kerja-kerja siasatan dilakukan.


Sumber: Oriental Daily, World of Buzz via The Reporter



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post