Selepas Isteri Dicer4i Talaak Tiga, Boy Iman Dedah Ini Antara Punca Keruntuhan Rumahtangga Mereka

Selepas Isteri Dicer4i Talaak Tiga, Boy Iman Dedah Ini Antara Punca Keruntuhan Rumahtangga Mereka

Terbaru, pelakon dan usahawan Boy Iman mengesahkan dia kini sudah bergelar duda selepas berpisah isterinya, Kumala Dewi Anas, pada 20 April lalu dan jatuh tiga tal4k.

Selepas Isteri Dicer4i Talaak Tiga, Boy Iman Dedah Ini Antara Punca Keruntuhan Rumahtangga Mereka
Selepas Isteri Dicer4i Talaak Tiga, Boy Iman Dedah Ini Antara Punca Keruntuhan Rumahtangga Mereka

Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 39, berkata, dia dan isteri pernah berc3rai dua kali iaitu pada 2015 dan 2017, namun kembali rujuk semula sebelum habis tempoh edah.

ARTIKEL MENARIK:


Tambahnya, kedua-dua perc3raian terdahulu tidak difailkan di mahkamah syariah. Manakala, perc3raian kali ketiga ini masih lagi dalam proses di mahkamah. Kesemuanya sudah tiga tal4k dilafazkan.
Boy dan Ida dikurniakan seorang cahaya mata Norul Emmer.
“ Sebenarnya ini adalah perc3raian kali ketiga saya dengan Ida (Kumala Dewi), kali pertama berlaku pada 2015 namun kami kembali rujuk atas dasar sayang.
“ Penc3raian kedua pula berlaku pada 2017 namun kembali rujuk atas alasan yang sama, malah kami tidak memfailkan perc3raian kerana sudah rujuk melalui hubungan kelamin,” kata Boy Iman kepada mStar.
Boy mendedahkan perc3raian itu di laman sosial Instagram miliknya pada Khamis untuk mengelak salah faham dan persoalan beberapa pihak.

loading...

Biarpun sudah berpisah dan menjalani kehidupan berbeza, Boy berkata, dia tidak pernah bermusuhan dengan bekas isterinya itu
Malah, mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersama-sama.
“ Kami sekeluarga masih rapat dan meraikan hari raya bersama-sama, malah kami turut melancong bersama baru-baru ini. Kami langsung tidak membenci antara satu sama lain, cuma jodoh itu sudah tertulis berakhir di sini.
“ Pasangan mana yang mahukan perc3raian? Kami cuba untuk menghadapi perkara ini dengan tenang demi anak-anak. Cuma mungkin sikap kami yang terlalu ikutkan perasaan menjadi punca perpisahan ini,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang perc3raian tersebut mungkin disebabkan masalah kewangan dan perniagaan Boy yang kini merudum, pelakon itu berkata, dia tidak menafikan hal tersebut.
Namun, katanya, ia juga bukan punca utama mereka berpisah.
“ Saya tak nafikan keruntuhan rumah tangga ini adalah berpunca daripada masalah dalam perniagaan namun ia bukan punca utama,” tambahnya.
Boy dan Kumala, 42, berkahwin pada 11 November 2011 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Norul Emmer yang kini berusia enam tahun.
Kumala sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan Ku Ivy Emmera berusia 19 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Viral Network
Sumber: mstar via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post