Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula Rabu Ini

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula Rabu Ini

Putrajaya, 26 Ogos – Kementerian Kewangan mengumumkan 28 Ogos sebagai tarikh mula pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 dalam satu kenyataan hari ini.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula Rabu Ini
Pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Bermula Rabu Ini

Menurut kenyataan tersebut, pembayaran fasa ketiga akan dikreditkan bermula 28 Ogos (Rabu) ini ke akaun penerima berdasarkan maklumat akaun bank yang digunakan semasa fasa kedua BSH.

ARTIKEL MENARIK:


Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM 1.23 bilion dan dimanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.

Pemberian ini melibatkan pemberian sebanyak RM400 bagi pendapatan bulanan isi rumah bawah RM2000
RM300 bagi mereka yang berpendapatan RM2001 hingga RM 3000 dan RM100 bagi penerima berpendapatan RM3001 hingga RM4000.



Sebelum ini, sebanyak RM2.85 bilion telah disalurkan pada fasa pertama dan kedua, termasuk kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak tanggungan (anak berumur 18 tahun ke bawah atau OKU) bagi keluarga yang mempunyai empat orang anak ke bawah.

loading...

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my.

Siaran media terkini @MOFmalaysia berkenaan Pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 mulai 28 Ogos 2019. pic.twitter.com/FaJjJBPm8y
— Ministry of Finance (@MOFmalaysia) August 26, 2019
Sumber: Kementerian Kewangan via Siakap Keli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post