Terasa sedih dan sebak apabila membaca perkongsian si adik mengenai abangnya yang ditind4s bangsa sendiri sehingga perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup.
‘Bengkel kena tutup kerana sikap bangsa Melayu asyik nak murah je, hutang tak dibayar |
Perkongsian dari seorang adik
KISAH bangsa yang membvnuh bangsa dia sendiri.
ARTIKEL MENARIK:
pengajaran tentang sikap orang Melayu yang suka nak murah sahaja. Ini kisah tentang abang kepada akak. Tetapi sekarang dia sudah tiada. Kisah yang terkandung banyak pengajaran untuk kita sebagai bangsa Melayu.
Abang saya seorang bekas tentera. 20 tahun berkhidmat dengan tentera dalam bidang jentera berat. Tugasnya setiap hari membaiki kenderaan tentera.
Satu hari dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Abang nak berniaga, buka bengkel sendiri di kampung akak sebab di kampung belum ada bengkel orang Melayu.
Berbekalkan pengalaman 20 tahun dan sedikit duit yang diperolehi selepas berhenti berkhidmat dengan tentera, dia membuka bengkelnya.
Maka bermulalah siri demi siri kisah usahawan Melayu yang diboikpt oleh bangsa sendiri dengan alasan mahal tanpa usul periksa.
KISAH PERTAMA
“Mahallah Malik, kedai Ah Chong lagi murah“.
KISAH KEDUA
“Apalah Malik, kau repair, rosak balik”
Padahal dah cakap rosak ni, pakcik kena tukar. Tetapi dia suruh repair dulu sebab tak ada duit nak tukar. Jadi abang pun repairlah asal boleh digunakan sementara. Apabila rosak semula, dia pula komplen cakap tak pandai repair.
loading...
Dia pergi kedai Ah Chong, Ah Chong terus tukar dan dia kata Ah Chong pandai repair. Simple?
KISAH KETIGA
“Malik, pakcik hutang dulu ya. Tak cukup duit ni. Nanti bulan depan pakcik bayar,”
Sampai abang dah meninggaI dunia pun orang itu tak bayar hutang itu. Biasa terjadi bukan?
KISAH KEEMPAT
Tauke: “Ini spare part RM80.00“
Abang: “Tak boleh kurang sikit ke boss?“
Tauke: “Ni sudah murah, sekarang barang manyak mahal“
Apabila bangsa dia datang, minta barang yang sama. Bincang punya bincang, RM60.00 saja.
KISAH KELIMA
Bangsa Melayu lepak kedai kopi membawang pasal isu peniaga di sekitar kampung. Habis dibuka, difittnah anak bangsa. Niaga mahal, niaga tak betul, niaga main tippu. Tetapi adakah dia menyiasat bahawa perkara itu betul-betul? Memburuk-burukkan bangsa sendiri tak reti berniaga dan dibanggakan pula bangsa lain.
Bertahun-tahun abang berniaga ibarat kais pagi makan pagi. Bengkel bangsa lain bertambah maju disebabkan sifat bangsa kita yang nak murah itu.
Bengkel ditutup & …
Akhirnya bengkel abang terpaksa ditutup kerana tidak lagi mampu membayar sewa. Dia buat online workshop service. Orang panggil di mana kereta rosak, dia pergi repair.
Selepas enam bulan kemudian, abang jattuh sakiit, mungkin disebabkan stress dengan apa yang berlaku. Dan sekarang abang sudah kembali kepada Pencipta.
Sekarang ini,
Tak ada dah Malik yang nak datang repair kereta pakcik-pakcik di kampung.
Tak ada dah Malik yang korang boleh telefon tengah malam datang selamatkan korang di tepi jalan.
Tak ada dah Malik yang korang boleh hutang sampai dia sendiri tak ada duit nak beli susu pampers anak.
Malik dah pergi jauh, meninggalkan isteri dan empat orang anaknya yang masih kecil.
Inilah kisah bangsa yang membunvh jiwa dan raga orang Melayu kita sendiri. Kerana sifat dan sikap asyik nak murah, asyik mencari kesalahan bangsa sendiri, asyik memandang hebat bangsa lain.
Bangsa Melayu yang menjadi korban kerana sifat kedekut dan berkira-kira..
Tidak akan miskin pun hidup kita jika kita membantu bayar lebih sedikit demi ekonomi sesama Melayu. Berkira2?Kenapa kita boleh berbangga Jika kita mampu membeli telefon bimbit canggih, pakaian menarik dan semuanya jenama bukan milik Melayu?Tetapi saat berjual beli dengan peniaga Melayu, kita tawar menawar macam kita insan paling miskiin di dunia?
Al-Fatihah untuk Yan
Rahsia Bisnes Cara Rasullullah SAW
Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar, ” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah berte3ngkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?
p/s: Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih
Sumbwr : OhmyMedia via tubeviral
Post a Comment