Semalam diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bossku’ Tak Hadir Istiadat Pertabalan Agong Semalam, Ini Penjelasan Najib Razak |
Istana negara dimeriahkan dengan gemaan meriam sebanyak 21 das diiringi laungan ‘Daulat Tuanku’ menandakan penyempurnaan istiadat. Balairung Seri dipenuhi hiasan serba kuning keemasan itu menyaksikan istiadat yang dilaksanakan dengan penuh tradisi Kesultanan Melayu
ARTIKEL MENARIK: Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan
Namun dalam pada itu, mula timbul spekulasi mengenai ketidakhadiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Malah ada juga dakwaan yang menyatakan ketidakhadiran beliau dalam istiadat tersebut kerana kekeliruan tempat duduk.
Justeru, untuk menghentikan segala tanda tanya, Najib Razak telah memuatnaik hantaran terbaru di media sosialnya mengenai isu berkenaan. Menurutnya:
Bukan kekeliruan tetapi menerima panggilan pada pukul 6:30 pagi yang sama bahawa tempat duduk ditukar
Sepatutnya duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.
Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya. Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan.
Sementara itu, Najib Razak Mahu Cari Pakcik Ini
Baru baru ini Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu rakyat. Memang menjadi rutin kebiasaan beliau untuk ke negeri negeri atau kawasan.
Dengan laungan Malu Apa Bossku, Najib Razak seperti seorang selebriti terkenal setiap kali beliau menjejakkan kaki di sesuatu tempat. Dengan orang ramai yang berpusu pusu untuk tidak terlepas peluang mengambil gambar selfie bersama Najib Razak. Dahulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri sudah semestinya susah untuk seperti begini.
Tetapi ada sesuatu yang terjadi ketika beliau berada di Pulau Pinang dan ianya mungkin berlaku dengan tidak sengaja. Ketika beliau sedang melawat di salah satu kawasan dan beliau baru tiba, seperti biasa pasti ramai yang ingin bersalaman dengan Najib Razak dan mengambil gambar. Keadaan menjadi sesak dan kurang terkawal.
Dalam satu rakaman video, kelihatan seorang lelaki berumur menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Najib Razak tetapi kelihatan di dalam video tersebut Najib meletakkan tangan di dalam kocek seluar dan tidak menyambut salam pakcik itu dan berlalu pergi seperti tidak nampak pakcik itu.
loading...
Disebabkan video ini ramai rakyat yang mengecam Dato Seri Najib Razak sombong dan memilih dengan siapa dia ingin bersalaman. Perkara ini sampai ke pengetahuan Najib Razak dan beliau membuat kenyataan di dalam Facebook rasmi beliau Najib Razak.
Video Dan Keterangan Najib Razak
Saya ada terima WhatsApp tadi mengenai satu video tersebar saya tidak bersalaman dengan seorang pakcik warga emas.
Dengan ikhlas saya memohon maaf kepada pakcik.
Saya tidak berniat begitu dan pada ketika itu dalam minda saya ingin segera menghulurkan sikit tips kepada penyanyi yang kebetulan ada di hadapan gerai.
Bukan peribadi saya untuk tidak mesra rakyat.
Sehingga hari ini Najib Razak berdiri dan makan minum bersama rakyat.
Sehingga hari ini Najib Razak bersuara untuk rakyat walaupun berhadapan dengan cabaran dan penindasan dari kerajaan .
Jika berkesempatan dan pakcik beri peluang, saya ingin bertemu semula dengan pakcik sama ada di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur.
Mana-mana ahli UMNO yang tahu di mana pakcik juga boleh bantu hubunginya dan akan diaturkan satu pertemuan.
Sekali lagi saya ingin mohon maaf kepada pakcik.
Semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi .
Insya-Allah.
Apa kata anda?Kongsikan bersama kami
Sumber: Najib Razak, siakapkeli.my, Awattt Syeikhh Network via tubeviral
Post a Comment