Sungguh r0mantis, berpegangan tangan sambil menghayun tangan diikuti ketawa ceria.
Rakyat Bersemut Bila Melihat Agong Dan Permaisuri R0mantis Berpegangan Tangan |
Itu gaya bersahaja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berjalan masuk ke Balairung Seri Istana Negara untuk istiadat pertabalan sehingga mencuri perhatian warganet.
ARTIKEL MENARIK: Najib Razak Mahu Cari Pakcik Ini
Rata-rata warganet gembira melihat kemesraan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimumah selain menyifatkan baginda berdua sebagai pasangan r0mantis.
Pengguna Twitter, Wan Hafiz menerusi ciapannya bersyukur dengan pelantikan baginda berdua sebagai pemerintah tertinggi di dalam negara.
“ Alhamdulillah, saya sungguh gembira kerana mempunyai pasangan ini sebagai pemerintah negara. #dirgahayu Tuanku Sultan,” katanya.
Sementara itu, Anne Raashid berkata, pasangan muda seharusnya menjadikan baginda berdua sebagai pasangan contoh dalam melayari bahtera rumah tangga.
“ Itu (kemesraan baginda berdua) contoh kepada pasangan muda-muda, bagaimana sesuatu ringkas boleh membuatkan anda gembira selagi ada rasa cinta di dalam hati.
“ Tidak perlu mengungkapkan kata saya cinta padamu atau saya cinta kamu,” katanya.
Manakala, pemilik akaun Twitter snriset pula menyifatkan kemesraan dipamerkan baginda berdua ibarat pasangan yang baru bercinta.
“ Saya rasa seperti tengok pasangan pertama kali bercinta,” katanya.
Pemilik akaun Ezypepper pula teruja kerana berpeluang menyaksikan kemesraan baginda berdua pada hari cukup bersejarah.
loading...
“ Pasangan yang comel. Saya gembira kerana masih hidup pada waktu ini dan dapat menyaksikannya. Sesuatu yang boleh saya kongsikan nanti bila sudah tua dengan anak cucu,” katanya.
Sebelum dilamar, Permaisuri Agong pernah mimpi dip4tuk ular
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan lampau bagaimana baginda ‘mendapat alamat’ sebelum menerima kunjungan rombongan diraja untuk meminangnya, 33 tahun lalu.
Menariknya, seperti yang selalu didengar dalam petua orang-orang lama, Tunku Azizah berkongsi bagaimana baginda menerima mimpi dipatvuk ular sebelum disunting menjadi suri hati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Saya beritahu kekanda, jika dalam mimpi dipatuk ular, orang Melayu percaya itu tandanya hendak berkahwin.
“Dalam mimpi itu, saya berada di dalam sebuah bilik, semuanya serba kuning dan sedang duduk di atas singgahsana seperti di istana. Ada tiga lelaki bertanjak dan berkeris datang, meminta saya berkahwin.
“Saya memberitahu bonda mengenai mimpi kisah saya dipatuk ular, manakala yang lain, saya simpan untuk diri sendiri,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Menurut kepercayaan orang Melayu, mimpi dipatvuk ular membawa maksud akan berkahwin atau menerima pinangan.
‘Kata ya ajelah’
Lebih menarik lagi, menurut Tunku Azizah, lebih tiga minggu kemudian, baginda menerima rombongan meminang yang diketuai oleh tiga orang yang berwajah sama seperti dalam mimpinya, iaitu ayahanda saudara kepada Tengku Mahkota Pahang (kini Yang di-Pertuan Agong), tetapi kali ini tidak bertanjak seperti dalam mimpinya.
“Ayahanda bertanya, adakah Tengku Mahkota yang hendak berkahwin atau ia perkahwinan yang diatur ayahanda dan bonda. Jika ia diatur, pinangan itu tidak akan diterima.
“Bagaimanapun, selepas tiga hari ayahanda menyatakan pinangan itu sudah diterima, tetapi terlupa hendak memberitahu saya. Titah ayahanda, kata ‘ya ajelah’,” cerita baginda lagi.
Pasangan itu diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 manakala majlis persandingannya pula diadakan pada 19 Julai tahun yang sama di Istana Johor, mengikut adat istiadat perkahwinan diraja serta dihadiri 8,000 tetamu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: hmetr0 via tubeviral
Post a Comment