“Besarnya Perut”- Ramai Jangka Hamil Bayi Kembar, Ini Jawapan Elfira Loy
“Besarnya Perut”- Ramai Jangka Hamil Bayi Kembar, Ini Jawapan Elfira Loy |
Foto terbaharu pelakon Elfira Loy menunjukkan keadaan terkini dirinya yang sedang sarat hamil telah menjadi perhatian warganet.
ARTIKEL MENARIK:
Beberapa keping foto Elfira dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut diambil ketika dia menghadiri sebuah anugerah anjuran Herald Global dan Elfira memenangi anugerah Asia’s Most Admired Leaders.
Rata-rata terkejut melihat perubahan Elfira, lebih-lebih lagi perutnya yang semakin membesar.
Malah ramai yang memberi komen serta menjangkakan dia bakal melahirkan bayi kembar.
“Besarnya perut, dah macam twins pula.
“Dah berapa minggu? Big tummy macam preggy twin.
“Alhamdulilah, besar perut Elfira. Twin agaknya,” komen-komen pengikutnya.
Pun begitu, Elfira tidak berdiam diri dia telah membalas salah satu komen yang menjangkakan dia sedang hamil bayi kembar.
“Big tummy doesn’t meant preggy twins,” jawabnya.
loading...
Elfira tetap meninggalkan jawapan ‘selamat’ kepada peminatnya.
Selain itu, ramai juga menjangkakan Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan berdasarkan bentuk perutnya.
“Looks like someone gonna have a baby girl,” komen pengikutnya.
Elfira sekali lagi tampil membalas komen tersebut.
“Syiriklah hahaha,” jawabnya berseloroh.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Post a Comment