Air pasang besar diramal landa Selangor

Air pasang besar diramal landa Selangor

SHAH ALAM: Beberapa daerah di Selangor diramal dilanda fenomena air laut pasang besar bermula bulan depan hingga Oktober.

Imej radar dalam laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.
Imej radar dalam laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Unit pengurusan Bencana Selangor berkata, fenomena air laut pasang besar diramal berlaku pada 1 hingga 2 September, 29 September sehingga 2 Oktober dan 27 sehingga 30 Oktober di persisiran pantai Selangor, dengan ketinggian paras air laut mencecah paras 5.7 meter.

ARTIKEL MENARIK:


“Fenomena itu membabitkan daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Sekiranya hujan lebat dan angin kencang berlaku, risiko banjir berlaku akan meningkat.

“Justeru, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, sepanjang fenomena air laut pasang besar, paras air akan meningkat ke 5.5 meter hingga 5.7 meter berdasarkan jadual air pasang surut dari Pusat Hidrografi Nasional (PHN).



loading...



“Kawasan berisiko di Sepang adalah pesisir pantai Bagan Lalang, Kampung Tanjung Rhu, Kampung Bagan Lalang dan Kampung Orang Asli Bagan Lalang.

“Kuala Langat membabitkan pantai Kelanang, pesisir kawasan Tanjung Sepat, Jalan Harmoni, Kwee Kee Fishery, Istana Pantai Bahagia, Rumah Penginapan Persekutuan, Jalan Kundang 6 dan pekan Tanjung Sepat.

“Turut terjejas, pangkalan Tok Muda, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat Batu 5 Kapar, Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Kampung Perepat (Jeti Nelayan Kampung Perepat), Pelabuhan Utara, Pulau Ketam dan Telok Gong di Klang.

“Pantai Remis Jeram, Kampung Lembah Pantai, Kampung Tok Adam, Kampung Bagan Pasir, Kampung Bagan Sungai Kajang, Kampung Bagan Pasir Penambang,Taman Bayu, Mukim Permatang, Bandar Baru, Pusat E-Pengisytiharan Lembaga Kemajuan, Kampung Sungai Semilang (Medan Selera Pantai Remis, Pantai Indah Seaview Resort), Bagan Tengkorak dan Jalan Bomba Tanjung Karang di Kuala Selangor,” katanya.

Kawasan berisiko disenaraikan di Sabak Bernam ialah Ban Tebuk Mendeling, Pantai Bagan Sungai Besar, Pantai Bagan Nakhoda, Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Ban Pantai Sungai Lang, Kampung Sungai Air Tawar, Parit Baru, Kampung Sungai Gatal, ILDAS (Kampung Datuk Rahman Shafiee) dan Kampung Parit Baroh (Institut Perakaunan Negara).

“Turut berisiko ialah Politeknik Sultan Idris Shah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Persisiran Pantai Bedena, Sekolah Menengah Agama Pasir Panjang (Kampung Pasir Panjang), Bagan Sekinchan, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burong dan Jalan Seri Sentosa 2 Kampung Sekendi,” kata kenyataan itu.

Kredit : Berita Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post