Zahid AF Sah Berc3erai Ini Luahan Zahid Yang Buat Dia Serba Salah

Zahid AF Sah Berc3erai Ini Luahan Zahid Yang Buat Dia Serba Salah

PENYANYI Zahid Baharudin mengesahkan khabar angin bahawa dia dan isterinya, Sarah Julifa Yusof telah sah berc3erai pada 18 Julai lalu.

Zahid AF Sah Berc3erai Ini Luahan Zahid Yang Buat Dia Serba Salah
Zahid AF Sah Berc3erai Ini Luahan Zahid Yang Buat Dia Serba Salah

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharudin, 39, berkata keputusan berat itu dibuat selepas berbincang cara terbaik untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dialami sejak setahun lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Penunggang Agama! Rupanya Dia Bapak Scammmer” Boy Iman


Bagaimanapun, Zahid berasa serba salah berikutan perpisahan tersebut berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun kelahiran bekas isterinya.
“Memang betul khabar angin yang mengatakan saya sudah berpisah dengan isteri saya. Sebenarnya saya dan bekas isteri berpisah secara baik.
Zahid tetap memberi ucapan hari lahir buat bekas isterinya biarpun mereka sudah berpisah.
“Perkara itu sudah dibincangkan selama setahun juga sebelum kami buat keputusan untuk berpisah pada Khamis (18 Julai lalu).
“Saya rasa serba salah juga sebab perpisahan kami terjadi beberapa sebelum hari lahir dia pula,” kata Zahid menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.
Zahid dan Sarah, 31, mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.
Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini memberitahu dia enggan berkongsi mengenai perpisahan mereka memandangkan ia terlalu peribadi.
Zahid juga menegaskan perpisahan mereka tidak melibatkan orang ketiga namun mengakui tiada persefahaman sebagai suami isteri menjadi punca utama.
“Sebenarnya benda ini (perceraian) saya tak boleh beritahu orang luar sebab hal rumah tangga saya dan ia terlalu peribadi.
“Biarkan saya dan bekas isteri selesaikan sendiri. Kami berpisah secara baik dan bukan disebabkan orang ketiga dan tiada pergaduhan.

loading...

Zahid dan bekas isteri mempunyai seorang anak lelaki.
“Tapi saya dengan dia sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri dan hanya ada persefahaman untuk anak sahaja.
“Saya harap hubungan saya dengan keluarganya tidak akan pernah putus sampai bila-bila dan harap sokongan semua orang untuk saya teruskan kehidupan membesarkan anak kami,” ujarnya.
p/s: Semoga kisah-kisah p3ncerian artis yang kini rancak dapat menjadi pengarajan kepada yang lain
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: mstar via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post