Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam, Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebagai Majikan

Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam, Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebagai Majikan

Cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob mengambil ti1ndakan terhadap salah seorang pekerja kafe miliknya, SukaSucre Bistro yang menghanguskan 20 ekor ayam.

Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam, Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebagai Majikan
Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam, Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebagai Majikan

Difahamkan, ayam tersebut akan dijadikan menu katering untuk pelanggan yang menempah pada keesokan harinya.

ARTIKEL MENARIK: Mikrofon Tiba2 Senyap, Lihat Reaksi Mengejutkan Tokti Bila Masalah Teknikal Berlaku Di Pentas


Fazley mendedahkan tindakannya itu menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Beberapa hari lalu, ada salah seorang crew kitchen @sukasucrebistro saya terlebih bakar dan hanguskan hampir 20 ekor ayam untuk job catering keesokan harinya.
“Berpeluh-peluh dia nak bagitau saya apa dah terjadi. Akhirnya, dia bagi tahu jugak sambil terketar-ketar. “Chef, saya mintak maaf, kalau nak berhentikan saya, saya terima!”
“Kesian pula saya tengok dia dalam keadaan seram sejuk. Saya tak mara4h pun, infact saya peluk dia dan saya cakap “it’s ok!”
“Lepas tu dia tanya saya, “Ayam hangus ni nak buang ke? Chef pot0ng lah gaji saya ok?” Saya cakap jangan risau, tak perlu buang, bagi saya.
“Saya masakkan lunch untuk semua staff @sukasucrebistro. Saya buat open-face empanadas dengan pucuk pegaga pesto cream.
“Lepas dah siap, saya terus suap crew saya yang hanguskan ayam tu! Sedap tak korang? Siapa nak rasa?” tulis Fazley panjang lebar.
Rata-rata peminat kagum dengan kerendahan hati yang ditonjolkan oleh Fazley sebagai seorang majikan.
Pengikut laman Instagram Fazley turut mendoakan agar penyanyi lagu Asmara Ini itu dimurahkan rezeki.
Video Player
00:00
01:00

Terima kasih kutuk dan gelar saya ‘Chef campak-campak’ – Fazley Yaakob
CHEF selebriti Datuk Fazley Yaakob berterima kasih kepada netizen yang mengutuk konsep masakan yang diperkenalkannya kerana dia dapat melebarkan sayap ke peringkat global.
Menurut Fazley, 40, gelaran ‘chef campak-campak’ yang dilemparkan kepadanya itu berkemungkinan kerana netizen tidak memahami konsep masakan tersebut.
“Terima kasih kerana kutuk dan viralkan saya. Orang Malaysia apabila dia tak faham, dia akan ‘membawang’.

loading...

“Walaupun gelaran ‘chef campak-campak’ tu lekat, ia dah jadi gelaran yang menyeronokkan.
“Orang kita dia kutuk dulu, puji kemudian. Pada saya itu dah lumrah. Kutukan tu macam satu doa, saya terima dengan hati terbuka,” ujar Fazley kepada mStar Online.
Dia ditemui sewaktu persembahan hidangan ‘Sweet Table’ di Taipa Village, Macau pada Ahad.
Fazley diberi penghargaan oleh Badan Pelancongan Macau untuK membuat demonstrasi masakan, koloborasi bersama Chef Ricardo Alves, dari Restoran Tapas de Portugal.
Sesi persembahan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 50 penduduk tempatan, media Macau dan wartawan Malaysia.
Mengulas mengenai jemputan itu, Fazley mengakui bersyukur dan menyifatkan ia sebagai satu pencapaian besar dalam kerjayanya.
Orang ramai berebut untuk merasai Sweet Table sejurus ia disediakan oleh Fazley dan Chef Ricardo.
“Ini merupakan penghargaan kepada saya, apabila orang luar pun memandang apa yang saya lakukan.
“Malah, saya juga ada menerima beberapa jemputan untuk berkoloborasi dengan chef dan hotel-hotel luar negara,” katanya.
Konsep hidangan sweet Table sebelum ini diperkenalkan oleh Fazley di restoran miliknya, SukaSucre Bistro.
Mengulas mengenai perkembangan seninya, Fazley memberi bayangan untuk menghasilkan single baharu, koloborasi bersama seorang penyanyi tempatan pada tahun ini.
Malah katanya, dia juga akan menjadi pengacara untuk sebuah program baharu tidak lama lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak via  DiariDunia via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post