Penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat menjayakan konsert amal bersama Orkestra Tradisional Malaysia, sempena Festival Balik Pulau di Pulau Pinang semalam.
Mikrofon Tiba2 Senyap, Lihat Reaksi Mengejutkan Tokti Bila Masalah Teknikal Berlaku Di Pentas |
Apa yang menarik perhatian adalah ketika mempersembahkan salah satu lagu tradisional popularnya, Nirmala, satu kejadian tidak terduga berlaku, namun berjaya ditangani Siti dengan bergaya.
ARTIKEL MENARIK: “Tolong Delete, Jangan Malukan Suami Sendiri Please” – Isteri Kongsi Kisah Cinta
Mikrofon tak berfungsi
Ketika di awal nyanyian, mikrofon langsung tidak berfungsi namun Siti dengan tenang tetap meneruskan nyanyian walaupun suara tidak kedengaran. Penonton bagaimanapun masih memberi sokongan dengan bersorak untuk penyanyi nombor satu.
Meskipun hampir seminit masalah teknikal berlaku, senyuman masih tidak lekang di bibir ibu Siti Aafiyah itu. Hadirin selain bersorak, mereka turut menyanyi bersama lagu ciptaan Pak Ngah itu.
Akhirnya, setelah menanti sekian lama, staf teknikal dilihat tampil dengan mikrofon gantian dan disambut Siti dengan senyuman lalu meneruskan nyanyian bagaikan tiada apa yang berlaku.
loading...
Video penuh :
Berikut reaksi Netizen:
“Kelebihan tokti microphone buat masalah tapi beliau relaks jer. So profesional. Respect”
“Mic rosak rlex je..tahniah hak tlg tok tu nyanyi masa mic rosak..tp asal diorg lmbt bg mic…hahahaha tp tok ti mcm biasa…coollll rosak xrosak die tetap nyanyi”
“Respect, a singer who actually sings their songs without playback. I can still hear her voice even when the mic went off. What a powerful and highly professional singer indeed”
“Thats why she’s still always be no.1 in this industry. She’s too professional & always give the very best for her each performances. VOCAL ALWAYS TIP TOP!”
P/S: Dato Siti sememangnya seorang penyanyi yang berpengalaman, dan tenang dalam menghadapai situasi seperti itu
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : Ohbulan via tubeviral
Post a Comment