PORT DICKSON – Sebuah restoran mamak di Batu 6 di sini, diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati kotor.
Selepas Kecoh Pelanggan Meng4amuk Dapat Ayam Busvk Bervat, Ini Tindakan Pantas KKM Kepada Restoren |
Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali berkata, asil pemeriksaan dilakukan restoran itu didapati melanggar akta Peraturan-Peraturan Kesihatan Malaysia (PPKM) 2009.
ARTIKEL MENARIK: Polis Puvkul Remaja Lelaki, KPD Ipoh Tampil Beri Penjelasan Apa Yang Terjadi Sebelum Itu
“Kita sudah arahkan restoran ini ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Selain itu empat notis turut dikeluarkan kepada restoran tersebut di bawah PPKM 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, premis yang diarah tutup kebiasaannya mempunyai lebih daripada satu kesalahan dan tahap kebersihan yang sangat rendah serta perlu diambil tindakan segera.
Ayam goreng yang dikatakan berulat (bulatan merah). Gambar kecil: Dr Zainuddin.
“Pengendali makanan dinasihatkan mengambil perhatian serius serta sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan hidangan kepada pelanggan, terutamanya premis yang beroperasi 24 jam.
“Jabatan Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sentiasa memantau serta akan memastikan mana-mana aduan yang diterima daripada pelanggan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan diadakan siasatan serta tindakan sewajarnya,” katanya.
Terdahulu tular sebuah video berdurasi 3.16 minit dilaman sosial yang menunjukkan seorang pelanggan berang apabila keluar ulat dari ayam goreng yang dimakannya.
Pelanggan itu menyatakan tidak berpuas hati terhadap pengurusan restoran tersebut yang dianggap pengotor serta tidak menjaga kebersihan makanan disediakan.
Video Pertama
Video Kedua
loading...
Sila Follow Page Media 2020 untuk info2 panas
p/s: Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada pengusaha-pengusaha restoran mamak yang lain. Kes-kes seperti ini bukan sekali terjadi, seblum ini banak kali kes yang serupa ditularkan di media sosial
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : Sinar Harian via tubeviral
Post a Comment