Kemelut dakwwaan hadiah berlian paIsu yang diterima penyanyi Aishah daripada usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akhirnya menemui titik noktah.
Selepas Dato Vida kantoi bagi hadiah Berlian paIsu, Aishah Dedah Keputusan Terkini |
Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
ARTIKEL MENARIK: Dalam diam, Amyra Rosli buat kejutan untuk Ammar Bahrin
” Mediasi berjaya diselesai dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung.
” Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian.
Tambah beliau lagi,
” Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif,” katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Janji Maniismu itu akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan butiran lanjut mengenainya dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Aishah meluahkan rasa syukur apabila mendapat pembelaan yang adil dalam perjuangannya sebagai anak seni.
” Takbir! Menusuuk jiwaku… Allah, Allah, Allah, sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui perjalanan penuh berIiku sebagai anak seni, dipuja dan dipuji.
” Tak kurang dicaaci maaki… Namun aku tetap aku, tak pernah nak ambil jalan singkat atau mudah untuk berjaya. Akhirnya boleh tidur lena selepas segala kekusutan bakal terjawab.
loading...
” Ini perjuangan untuk semua anak seni. Semoga kerjaya kita diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional dan bukan sewenang-wenangnya diperIekehkan oleh sesiapa,” katanya.
Terdahulu, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai tersebut yang didakwa tidak bernilai dan bukan berlian asli yang diterimanya selepas menjuarai program GV4.
Perkara itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh pemilik kedai sebuah barangan kemas.
Sekitar Ogos tahun lalu, Aishah meminta penaja program hiburan bersikap jujur dan tidak menipu mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.
Menurut Aishah, 53, dia terkilan apabila mengetahui rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Datuk Seri Vida adalah tidak bernilai dan bukan berIian asli.
” Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.
Ingatkan mesin r0sak
” Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu r0sak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tuIen.
p/s: Semoga apa jua konflik yang berlaku antara mereka berdua dapat di selesaikan dengan baik
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: mstar via AsiaKini
Post a Comment