Pakai Kasut, Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

Pakai Kasut, Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

Tular di media sosial samada di dalam Facebook atau Twitter beberapa rakaman menunjukkan seorang wanita masuk ke dalam masjid dengan membawa seekor anjing dan memakai kasut.

Pakai Kasut, Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat
Pakai Kasut, Bawa Anjing Berlari Lari Dalam Masjid Ketika Orang Sedang Solat

Harap maklum semua, kejadian ini bukan berlaku di dalam Malaysia tetapi di negara jiran, Indonesia.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki dibelasah kerana dedah spoiler filem Avenger: Endgame


Berada dalam keadaan emosi yang tidak baik akan menyebabkan seseorang terjerumus kepada melakukan tindakan yang tidak rasional. Perkara ini jelas boleh digambarkan melalui satu insiden yang berlaku di Indonesia di mana seorang warga tempatan membawa seekor anjing ke dalam masjid.
Kejadian di Masjid Al Munawaroh, Sentul City, Bogor, Jawa Barat itu berlaku setelah solat Zohor selesai dikerjakan oleh jemaah.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh salah seorang jemaah yang ternampak seorang wanita membawa seekor anjing memasuki ruangan solat. Kejadian tersebut telah menjadi tular di dalam media sosial di Indonesia dan juga Malaysia yang rata-rata telah mengundang kemarahan para netizen.
Lebih teruk lagi, wanita tersebut juga didapati tidak menanggalkan kasutnya ketika memasuki ruang solat dan secara tidak langsung telah mencemarkan kesucian dan kebersihan masjid berkenaan.
Menurut laporan, wanita tersebut berada di dalam keadaan beremosi setelah mendapat tahu bahawa suaminya akan menjalankan proses akad nikah di dalam masjid berkenaan. Disebabkan itu, dia membawa anjing tersebut untuk mengesan keberadaan suaminya. Walaupun telah dihalang oleh beberapa orang, wanita tersebut nekad melepaskan anjingnya di perkarangan masjid dan membuatkan anjing tersebut berkeliaran.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan keterangan. Rakaman telah dimuat naik dalam media sosial bagaimanapun telah mengundang reaksi marah netizen.
Komen Netizen
Beberapa Rakaman Tentang Insiden Tersebut.

Wanita Itu Masih Tidak Puas Hati Di Luar Masjid

loading...


Penjelasan dari salah seorang kariah masjid
p/s: Semoga isu ini dapat di selesaikan dengan baik
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber : Siakap Keli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post