KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab, hari ini.
SAH, Peguam Sultan Kelantan Tampil Buat Kenyataan Tentang Status Perkahwinan Sultan Kelantan Dan Rihana Oksana |
Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
ARTIKEL MENARIK: Rihana akhirnya dedah status terkini perkahwinan dengan Sultan Muhammad V
Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cer4i talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.
“Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” katanya, hari ini.
Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.
Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.
Sijil percer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Spekulasi penceraian Sultan Muhammad V dengan Rihana bermula selepas sijil pencer4ian yang dilengkapi dengan nombor siri tersebar.
Bagaimanapun Rihana pagi tadi memaklumkan kepada sebuah portal berita bahawa secara peribadi dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.
loading...
Sebelum ini, Rihana pernah dedah status terkini perkahwinan dengan Sultan Muhammad V
Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko mendakwa masih merupakan isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Rihana memberitahu, beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu untuk mendengar lafaz cerai dijatuhkan sebaliknya berada di negara kelahirannya, Rusia bersama cahaya mata pertamanya.
“Secara peribadi saya tak pernah dengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka kepada saya.
“Saya di Rusia bersama dengan anak. Saya dan anak tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu untuk bercerai,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.
Untuk rekod, seseorang isteri tidak perlu hadir ke mahkamah syariah untuk mendengar lafaz cerai dijatuhkan kerana suami boleh melafazkan cerai di luar mahkamah sebelum ia direkodkan.
New Straits Times (NST) dalam laporan memetik sumber menyatakan, pasangan itu bercerai pada 22 Jun lalu, manakala pemfailan cerai adalah pada 1 Julai di Mahkamah Syariah Singapura.
NST turut dilaporkan sebagai berkata, salinan sijil perceraian kedua-dua pasangan yang tular itu adalah sah dengan perceraian “talak tiga buat kali pertama” atau talaq baayin.
Kisah rumah tangga pasangan diraja ini mencuri perhatian rakyat Malaysia, apabila Sultan Muhammad V dilaporkan bercerai dengan wanita berusia 26 tahun itu.
Gambar kredit: Hangat.com
Namun, portal berpengkalan di Singapura, berita.mediacorp.sg yang memetik kenyataan Mahkamah Syariah Singapura pada 19 Julai berkata, mahkamah itu tidak mempunyai rekod perceraian difailkan Sultan Muhammad V dan Rihana.
Rihana turut mengutuk langkah pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil perceraian membabitkan dirinya dan Sultan Muhammad V. Baginya, ia adalah tindakan provokasi.
“Ia adalah tindakan provokasi. Kami tidak pernah berc3erai,” katanya.
Istana Kelantan masih tidak memberi kata putus berkaitan status pasangan ini, sebaliknya mengeluarkan penegasan, tidak ada pihak boleh digelar permaisuri Kelantan, raja perempuan Kelantan, sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi.
Malaysiakini juga sudah beberapa kali menghubungi pihak istana bagi mendapatkan pengesahan berhubung isu ini tetapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.
Rihana turut memberitahu, perasaan cinta pada suaminya masih tebal bahkan percaya Sultan Muhammad V akan memberi sepenuh kasih sayang pada zuriat mereka.
“Saya sayangkan suami saya. Saya percaya dia akan mengambil berat mengenai anak kami,” katanya.
Sumber Awani via tubeviral
Post a Comment