Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko mendakwa masih merupakan isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Rihana akhirnya dedah status terkini perkahwinan dengan Sultan Muhammad V |
Rihana memberitahu, beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu untuk mendengar lafaz cerai dijatuhkan sebaliknya berada di negara kelahirannya, Rusia bersama cahaya mata pertamanya.
ARTIKEL MENARIK: Kes perc3eraian Sultan Kelantan, Timb. Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar mula bersuara
“Secara peribadi saya tak pernah dengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka kepada saya.
“Saya di Rusia bersama dengan anak. Saya dan anak tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura pada Jun lalu untuk bercerai,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.
Untuk rekod, seseorang isteri tidak perlu hadir ke mahkamah syariah untuk mendengar lafaz cerai dijatuhkan kerana suami boleh melafazkan cerai di luar mahkamah sebelum ia direkodkan.
New Straits Times (NST) dalam laporan memetik sumber menyatakan, pasangan itu bercerai pada 22 Jun lalu, manakala pemfailan cerai adalah pada 1 Julai di Mahkamah Syariah Singapura.
NST turut dilaporkan sebagai berkata, salinan sijil perceraian kedua-dua pasangan yang tular itu adalah sah dengan perceraian “talak tiga buat kali pertama” atau talaq baayin.
Kisah rumah tangga pasangan diraja ini mencuri perhatian rakyat Malaysia, apabila Sultan Muhammad V dilaporkan bercerai dengan wanita berusia 26 tahun itu.
Gambar kredit: Hangat.com
loading...
Namun, portal berpengkalan di Singapura, berita.mediacorp.sg yang memetik kenyataan Mahkamah Syariah Singapura pada 19 Julai berkata, mahkamah itu tidak mempunyai rekod perceraian difailkan Sultan Muhammad V dan Rihana.
Rihana turut mengutuk langkah pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan sijil perceraian membabitkan dirinya dan Sultan Muhammad V. Baginya, ia adalah tindakan provokasi.
“Ia adalah tindakan provokasi. Kami tidak pernah berc3erai,” katanya.
Istana Kelantan masih tidak memberi kata putus berkaitan status pasangan ini, sebaliknya mengeluarkan penegasan, tidak ada pihak boleh digelar permaisuri Kelantan, raja perempuan Kelantan, sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi.
Malaysiakini juga sudah beberapa kali menghubungi pihak istana bagi mendapatkan pengesahan berhubung isu ini tetapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.
Rihana turut memberitahu, perasaan cinta pada suaminya masih tebal bahkan percaya Sultan Muhammad V akan memberi sepenuh kasih sayang pada zuriat mereka.
“Saya sayangkan suami saya. Saya percaya dia akan mengambil berat mengenai anak kami,” katanya.
Pada 17 Julai, Rihana dalam temu bual yang dimuat naik dalam Instagramnya, menceritakan keperibadian Sultan Muhammad V.
Dalam rakaman video, yang disulami alunan muzik romantik dan diselitkan aksi manja Rihana bersama Sultan Muhammad V, turut memuji sikap baginda yang begitu mengambil berat terhadap dirinya dan keluarga.
Bukan itu sahaja, Sultan Muhammad V turut menyatakan, perkara yang menjadi keutamannya adalah anak mereka.
“Saya mahu menjadi wanita terakhir dalam hidup baginda,” katanya.
Antara sedutan rakaman dari video :
“Saya akan menjaga dia..”
“Saya mahu menjadi yang terakhir dalam hidupnya sehingga akhir hayat saya…” – Luahan hati Rihana Petra
Antara kata-kata dari Sultan Muhammad V mengenai hubungan mereka.
“Keutamaan dalam keluarga mestilah anak kita sendiri. Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga ..2 perkara lain yang penting bagi saya ialah passion dan understanding..”
“Ramai orang kata hubungan ini berkenaan cinta semata-mata. Ya betul, semuanya kerana cinta. Baguslah. Tetapi, selepas 15 dan 20 tahun, hanya passion dan understanding sahaja yang akan kekal menguasai hubungan…”
“Walaupun ada banyak hobi yang tidak kami lakukan bersama, tetapi kami ada banyak persamaan(persefahaman) yang serupa…” ujar Sultan Muhammad V dalam rakaman video yang dipaparkan laman sosial milik Rihana Petra.
Difahamkan video tersebut antara sedutan wawancara mengenai kisah hubungan mereka berdua. Ramai peminat meniggalkan komen dan menantikan versi penuh untuk mengetahui keseluruhan kisah mereka.
p/s: Diharapakan, dengan penjelasan Rihana ini dapat menjawab segala tvduhan yang timbal mengenai masalah hubungan rumah tangga mereka
Apa kata anda? Kongsikan bersma kami
Sumber : MALAYSIAKINI via tubeviral
Post a Comment