Jabatan Agama Serbu Restoran Gunakan Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Bab1

Jabatan Agama Serbu Restoran Gunakan Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Bab1

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) merampas tiga berus warna hitam dipercayai diperbuat daripada bulu babi yang digunakan untuk menyediakan makanan di sebuah restoran di Senawang dekat sini hari ini.

Jabatan Agama Serbu Restoran Gunakan Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Bab1
Jabatan Agama Serbu Restoran Gunakan Berus Yang Diperbuat Dari Bulu Bab1

Pengarahnya, Mohd. Zaidi Ramli berkata, premis yang tidak memiliki sijil halal itu bagaimanapun didapati tidak menyedari tentang status berus tersebut dan meminta maaf kepada JHEAINS.

ARTIKEL MENARIK: Rakaman Pembaca Berita Ini Tiba Tiba Cemas Kerana Berlaku G3garan. Ini tindakan spontan beliau Ketika Siaran Langsung


Jelas beliau, kesilapan itu berlaku kerana kebanyakan premis makanan hanya memberi tumpuan terhadap penggunaan bahan mentah yang halal sedangkan peralatan yang digunakan perlu juga dipastikan halal.

“Berus itu dipercayai digunakan untuk sapu minyak pada ayam. Mereka tidak sedar berus itu berkemungkinan diperbuat daripada bulu haiwan yang tidak halal dan mereka turut rasa bersalah.

“Ini antara sebab kami galakkan semua yang terlibat dalam perkhidmatan makanan di Negeri Sembilan mendapatkan sijil halal supaya kami dapat membimbing mereka apa yang halal dan tidak halal.

“JHEAINS memiliki senarai peralatan yang halal dan tidak halal dalam menyediakan makanan,” katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Cakna Halal `Ziarah Halal Tour’ di sini hari ini.

Terdahulu JHEAINS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan melakukan lawatan terhadap 11 premis makanan di sekitar Senawang dan Seremban 2 pagi ini.

loading...

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi berkata, setakat ini cuma 16 hotel di Seremban dan Port Dickson serta 14 premis makanan di Seremban, Port Dickson, Jelebu dan Kuala Pilah memiliki sijil halal.
berus warna hitam
Justeru, katanya, JHEAINS dan jabatan kerajaan berkaitan sedang mengkaji kemungkinan mewajibkan premis makanan yang mahu memperbaharui lesen perniagaan perlu memiliki sijil halal pada masa depan.
Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Mohd. Tarmimi Rashid menjelaskan premis menggunakan berus dipercayai diperbuat daripada bulu babi terbabit tidak dikenakan tindakan.
Menurut beliau, ia ekoran premis berkenaan tidak menggunakan sebagai petunjuk untuk mengelirukan pengguna bahawa makanan di premis itu adalah halal seperti mempamerkan ayat suci al-Quran.
“Tahun ini terdapat 12 kes berkaitan halal dan antara kesalahan selalu dilakukan mempamerkan sijil halal pembekal ayam untuk mengelirukan pengguna seolah-olah premis itu memiliki sijil halal.
“Restoran yang menggunakan sebarang petunjuk makanannya halal dimakan orang Islam, tetapi menggunakan peralatan tidak menetapi hukum syarak boleh didenda sehingga RM5 juta dibawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya
p/s: Semoga pengguna Islam peka dan berhati-hati bila berurusan dalam kehidupan seharian kerana ramai pihak tidak bertanggunjawab dan mengambil kesempatan. Sila laporkan segera ke jabatan berkaitan jika anda mengesyaki ada kedai yang tidak mematuhi standar piawai logo halal yang telah ditetapkan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 
Sumber : Kosmo Online via tubeviral.bbn.my

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post