Ini tindakan diambil JPN Kelantan kepada remaja pijak al-Quran

Ini tindakan diambil JPN Kelantan kepada remaja pijak al-Quran

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan akan menganjur sesi bimbingan dan kaunseling di semua sekolah di negeri itu untuk membentuk sahsiah pelajar.

Ini tindakan diambil JPN Kelantan kepada remaja pijak al-Quran
Ini tindakan diambil JPN Kelantan kepada remaja pijak al-Quran

Pengarahnya, Abu Hanipah @ Fauzi Zahari berkata sesi bersama kaunselor itu akan digerakkan berikutan beberapa kes luar jangkaan membabitkan segelintir pelajar sejak akhir-akhir ini sehingga tular di media sosial.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Kecoh Pelanggan Meng4amuk Dapat Ayam Busvk Bervat, Ini Tindakan Pantas KKM Kepada Restoren


“Sesi bersama kaunselor akan diberikan mengikut aspek yang diperlukan atau isu yang dibangkitkan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas mengenai isu remaja memijak al-Quran baru-baru ini dan memberitahu, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut termasuk mengumpul maklumat daripada pelbagai pihak.
Abu Hanipah @ Fauzi Zahari
Katanya siasatan awal pihaknya mendapati dakwaan sesetengah pihak yang kejadian tersebut berlaku di Kusial, Tanah Merah adalah tidak benar.
Abu Hanipah berkata pihaknya dimaklumkan remaja itu adalah orang kurang upaya (OKU) lembam namun maklumat lengkap mengenai perkara itu belum diperoleh.
“JPN juga akan menyiasat punca kejadian itu dan dari mana kumpulan remaja terbabit berasal.
“Selepas mendapat semua informasi yang diperlukan, baharulah JPN Kelantan dapat mengatur tindakan lanjut,” katanya.
Jumaat lalu, polis Kelantan menahan empat remaja perempuan berumur antara 17 dan 18 tahun di rumah masing-masing antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam berhubung kejadian memijak al-Quran di Kampung Gobek, Gual Ipoh, Tanah Merah.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Mawar-Yadim), Dr Hafidzah Mustakim, berpendapat masalah itu perlu ditangani secara berhemah dengan pendekatan mendidik dan bukannya menghukum.
“Mawar-Yadim melihat kejadian ini sebagai satu loceng amaran dan wake up call kepada semua pihak terhadap hakikat apa yang berlaku kepada sebahagian anak-anak generasi baru.
“Kami menyeru supaya masyarakat mengambil iktibar dan ibu bapa serta pendidik perlu menekankan pendidikan menyeluruh dengan memberi penekanan bukan sahaja fizikal, mental dan rohani tetapi juga pendidikan reproduktif serta seksualiti,” katanya.

loading...

Selepas kes pijak Al Quran, Ini reaksi pedas MB Kelantan

TUMPAT – Perbuatan biadab remaja yang memijak al-Quran dalam kejadian di Kusial, Tanah Merah turut memberi tempias kepada pemerintahan kerajaan Islam di Kelantan walaupun ia kes terpencil.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun ia hanya kes terpencil, namun tidak sepatutnya berlaku di negeri ini ketika kerajaan negeri berusaha melahirkan anak muda yang bermaruah dan berakhlak.
Bagaimanapun, beliau melihat kes yang berlaku itu sebagai satu cabaran dan ujian besar ALLAH dalam usaha kerajaan Kelantan membangun bersama Islam.
“Ini cabaran ketika kita memimpin atas nama Islam, tempat (negeri) kuatnya Islam, maka syaitan pun besar, kita akan berhadapan cabaran seperti ini ketika kita berusaha kuat untuk melahirkan orang yang lebih baik.
“Tetapi negeri yang tidak kuat Islam, tidak pula berbangkit perkara bvuruk”
“Walau pun sudah banyak program ilmu di bawah Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan diadakan untuk anak muda tetapi tidak semua orang dapat kita didik dan asuh,” katanya ditemui di Pantai Geting, semalam.
Ahmad sebelum itu merasmikan Himpunan Anak Muda anjuran kerajaan negeri yang dihadiri hampir 40,000 pengunjung yang dimeriahkan dengan himpunan kelab motor seluruh negeri Kelantan, bicara bersama Murabbi Sejuta Ummah, Azhar Idrus, sukan, lighting car show dan persembahan simfoni kesenian Islam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi; ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah dan ADUN Kelaboran, Mohd Adanan Hassan.
Ahmad berkata, sepatutnya ti1ndakan memijak al-Quran itu tidak berlaku kerana ia satu perbuatan yang amat te3ruk.
“Ada lagi segelintir rakyat Kelantan yang ‘berat’ (teruk), tidak sepatutnya berlaku perkara ini, dan berharap sangat pada keluarga remaja terbabit ambil tanggungjawab yang sebenar supaya tidak berulang kali kedua,” katanya.
– Bernama
Kredit : tubeviral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post