“Ia sangat personal kerana melibatkan” Zahid buka mulut punca berpisah dengan Isteri

“Ia sangat personal kerana melibatkan” Zahid buka mulut punca berpisah dengan Isteri

Bekas juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid Baharudin yang kini meneruskan kerjaya seni bersama kumpulan Overall Band, mengesahkan dirinya sudah pun berpisah dengan isteri, Sarah Julifa Yusof.

“Ia sangat personal kerana melibatkan” Zahid buka mulut punca berpisah dengan Isteri
“Ia sangat personal kerana melibatkan” Zahid buka mulut punca berpisah dengan Isteri

Zahid mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan sekitar tahun 2013 lalu.

Menjelaskan mengenai hal rumah tangganya menerusi program Melodi awal petang tadi, bintang berkenaan mengakui dia dan isteri sudah tiada persefahaman, tetapi bukan disebabkan oleh orang ketiga.

ARTIKEL MENARIK: Ini Biodata Lengkap Syafie Naswip


“Ia sangat personal kerana melibatkan rumah tangga saya. Biarlah saya dan bekas isteri yang menyelesaikannya. Betullah khabar angin tu, saya sudah berpisah dengan isteri.

“Lagu terbaru, Redha liriknya ada kisah mengenai rumah tangga kami jugalah. Akan tetapi kami berpisah secara baik,” katanya memetik Melodi.

Malah, penyanyi ini turut mengakui mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing selepas berbincang hampir setahun.

“Kami sudah berbincang mengenai hal ini kira-kita setahun, untuk berpisah. Agak kelam-kabut jugalah. Hari Khamis kami selesai perpisahan itu, hari Ahad hari jadinya. Tapi saya tetap berikan ucapan hari jadi kepada isteri,” katanya.

Zahid turut meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Saya rasa bersalah juga apabila terjadi benda ini, berdekatan pula dengan tarikh hari jadi dia. Jadi saya minta maaf banyak-banyak terutama kepada famili bekas isteri.

“Harapnya hubungan kami sekeluarga tak akan putus sampai bila-bila,” pinta Zahid.

loading...

PUNCA B3RCERAI

Ditanya mengenai punca perpisahan terhadap bahteria perkahwinannya, Zahid menafikan ia berpunca dari orang ketiga.

“Tidak ada orang ketiga atau pergaduhan. Cuma saya dan dia, sudah tidak ada persefahaman sebagai suami isteri. Hubungan yang ada untuk anak. Kami tetap berbaik,” jelas Zahid.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia 5 tahun.

Foto: Instagram Zahid

p/s: Semoga hubungan mereka kembali jernih demi anak-anak

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Kredit : tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post