“Alhamdullilah dengan sekali lafaz..I buat kecik2 je” – Muhammad Sajad

“Alhamdullilah dengan sekali lafaz..I buat kecik2 je” – Muhammad Sajad

Bukan korang je, admin pun terkejut bila tengok Sajat tiba-tiba kongsi gambar dia pakai busana pengantin serba ungu.


Ceritanya, hari Sabtu lepas, Sajat ada kongsikan beberapa video dia fitting baju pengantin dengan kapsyen menyuruh followers untuk doakan kebahagiaannya.

ARTIKEL MENARIK: Hanya Kerana Diminta Hentikan Hubungan Songsang, Syafie Naswip Mengaku PvkuI Aisyah Azman


Kemudian, pada tengah malam Sabtu, Sajat muat naik IG story seperti menunjukkan dia sudah bernikah dengan sekali lafaz dan gambar hantarannya. Ish betul ke ni?
“X penting jantina, yang penting hati yg baik guys”
Video Player
00:00
00:17
“Tunjuklah video nikah malam tadi klu betul”

loading...

Semalam, Sajat kongsikan pula gambar solo dia berpakaian pengantin dengan kapsyen “Hari bahagia”.
Uish, cantiik sungguh… Gambarnya ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang tumpang gembira dan ada juga yang tak percaya.
Tak cukup dengan tu, Sajat turut buat live di IG-nya, dan dah tentunya topik yang dibincangkan adalah pernikahan Sajat dengan lelaki misteri ini.
Menurut Sajat, perkahwinannya ini dibuat kecik-kecik je. Korang boleh tengok Sajat punya jawapan tentang ‘pernikahan’ dia dalam video kat bawah ni.
I buat kecik-kecik je. Nanti I share (gambar kahwin) dengan video-video sekali ya…”
“Kita berhusnuzon, bersangka baik”
Admin tak tahulah sejauh mana benarnya Sajat ni dah bernikah. Kita tunggu je lah update seterusnya dari Sajat ya?
Video Player
00:00
00:16
“Saya tak pernah minta tukar jantina” – Sajat enggan mohon maaf, tak kenal Yusmiliati
Sebelum ini, media melaporkan selepas dituntut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap seorang individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof, usahawan kosmetik, Nur Sajat berkeras menyatakan keengganannya untuk berbuat demikian.
Malah Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, turut menafikan pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen menukar maklumat jantina di dalam MyKad seperti yang didakwa Yusmiliati.
“Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohanan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.
“Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.
Yusmiliati tuntut Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kepadanya.
“Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf” katanya kepada mStar.
Sajat diminta mengulas mengenai kenyataan Yusmiliati yang memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi sidang media pada Isnin, Yusmiliati berkata dia dikenalkan seorang rakan dengan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sekitar Jun 2017.
sumber: lobakmerah, mstar  via tubeviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post