SELEPAS enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Fizo Omar reda jodohnya dengan usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim berakhir hari ini.
Baru je berc3rai, Fizo dan Mawar mula kongsi perasaan |
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata, perce3raian secara baik itu dibuat bersama kerana dirinya dan Mawar, 30, sudah tiada keserasian sebagai pasangan suami isteri selain tiada persefahaman lagi.
ARTIKEL MENARIK: Kes Perc3raian Selebriti Malaysia Yang Paling Menyayat Hati
‘Saya masih sayang Mawar’ – Fizo
“Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini.
“Pada saya, ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan kami menjadi ibu bapa bersama dalam menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan anak kami, Wan Maryam,” katanya selepas selesai prosiding lafaz ce3rai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Fizo melafazkan ce3rai terhadap Mawar pada 10.55 pagi di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.
Menurut Fizo, dia masih menyayangi dan mengasihi Mawar kerana wanita itu adalah isteri dan ibu yang baik kepada anak mereka, Wan Maryam yang berusia dua tahun.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Mawar malah banyak terhutang budi padanya.. dia sangat baik.
“Kami berdua juga akan kekal berkawan baik demi Maryam,” katanya.
Ketika disoal mengenai hak penjagaan Wan Maryam, Fizo berkata, dia tidak merancang merebut hak penjagaan itu.
“Hak penjagaan anak saya serahkan kepada Mawar.
“Saya tidak akan pisahkan mereka,” katanya.
“SAYA sayang sangat Fizo dan dia baik sebagai suami dan bapa kepada anak saya.”-Mawar
Demikian pengakuan usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim sambil menitiskan air mata ketika prosiding lafaz ce3rai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.
Menurut Mawar, dia sanggup mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagiaan Fizo sekeluarga.
Mawar ketika ditemui media selepas itu berkata, dia sedih dengan perce3raian yang berlaku namun, menganggap itu pengorbanan terbesar dilakukan untuk kehidupannya dan Fizo sekeluarga.
“Apa yang berlaku bukanlah disebabkan ego ataupun harta. Mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarkan anak kami, Wan Maryam,” katanya.
Ditanya sama ada masih menyayangi Fizo, Mawar berkata, setiap wanita atau isteri pasti akan cuba sedaya-upaya menyelamatkan perkahwinan.
“Selama enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo telah mencuba, namun saya reda serta pasrah. Mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo,” katanya yang memberitahu tidak akan memutuskan hubungan Fizo dan Maryam kerana anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa.
Mawar turut menegaskan spekulasi mengaitkan perce3raian itu dengan harta, ego dan pihak ketiga adalah tidak benar.
loading...
“Tiga benda ini bukanlah sebab perce3raian kami. Fizo sangat baik dan dia adalah anak, abang dan adik yang bertanggungjawab kepada keluarganya,” katanya.
Dengar betul2 rakaman ini, rupanya ada ‘hint’ yang Fizo Omar bagi selepas selesai sahaja kes mereka di Mahkamah
p/s: Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka. Jika dah jodoh tak kemana. Harap-harap Fizo dan Mawar akan berbaik semula demi untuk anak mereka yang masih kecil
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
sumber: hmetro via tubeviral.bbn.my
Post a Comment